suria

Akui susah nak jumpa rakan frontliners, kecuali ‘muncul’ di FB... aktivis sosial kongsi tip buat mereka senyum walau sesaat – “Lebih baik daripada jadi kaunter pertanyaan Covid”

Syed Azmi (kiri) berkongsi kisah mengenai keadaan frontliners ketika pandemik Covid-19. -foto facebook Syed Azmi

SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara, petugas barisan hadapan atau frontliners dalam kalangan petugas kesihatan adalah kumpulan yang paling sibuk.

Antara mereka terpaksa bertugas tanpa henti dan lebih mencabar perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE) selama berjam-jam tanpa kisah erti panas dan peluh.

Balik ke kampung mahupun cuti-cuti Malaysia mungkin jauh sekali dalam senarai mereka buat masa ini, kerana perlu meneruskan perjuangan memerangi Covid-19 yang belum selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum ini hanya di belakang tabir... peluang 2 minggu jadi sukarelawan di Sabah, wanita ini dapat pengalaman tak dijangka - "Pernah diacukan kayu sebab ajak buat ujian swab"

ARTIKEL BERKAITAN: Ditugaskan ke Semporna, doktor berpengalaman kini bertahan... tidak mahu tumbang di 'TheLittleWuhan' - "Saya tak setanding doktor-doktor muda di sini"

Seperti yang dikongsikan oleh aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi, sesiapa yang mempunyai rakan-rakan yang bertugas sebagai frontliners mungkin susah untuk bersua muka dek kesibukan mereka.

"Kalau ada kawan-kawan kita frontliners, nak jumpa mereka pun susah. Tapi kita 'nampak' mereka dalam Facebook. Bukan cerita pasal kerja tapi pasal keluarga, makanan, ekonomi dan macam-macamlah lagi," tulisnya menerusi satu posting di halaman Facebook beliau.



Kumpulan frontliners melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap orang awam. -gambar hiasan/foto Bernama

Namun, Syed Azmi berkata, tanpa disedari antara kita pasti terdetik hati untuk bertanya kepada mereka mengenai perkembangan semasa berkaitan pandemik itu.

"Seringkali kita nak tanya perkembangan terkini pasal Covid, kita tulis 'patutnya inilah itulah'. Padahal mereka sendiri di lapangan buat kerja tak ada masa rehat pun nak fikir pasal diri mereka, sebab sibuk hal masyarakat.

"Mereka pun ada kerisauan kena kerja sebagai frontliners tapi anak siapa jaga tak ada pengasuh, risau risiko pada keluarga mereka sendiri dan macam macam, semua itu mereka nak mengadu kepada siapa agaknya?

Selain doa, bantuan kudrat kita pada keluarga frontliners terutama yang duduk dekat, bila mereka tulis dalam Facebook pun, tulis apa-apa yang membuahkan senyuman dan gelak

SYED AZMI ALHABSHI

"Kalau mereka mengadu pun tak ramai dapat nak bantu dan biasanya yang mereka memohon ialah duduk di rumah," tambahnya.

Sehubungan itu, Syed Azmi berkongsi nasihat menyarankan agar lebih baik memberikan sokongan kepada rakan-rakan frontliners ketika waktu sukar pada masa ini.



Perkongsian Syed Azmi di laman sosial.

Selain doa untuk kesejahteraan, beliau berkata, kata-kata berupa sokongan dan bantuan mampu memberi impak yang amat besar dalam diri mereka.

"Jadi selain doa, bantuan kudrat kita pada keluarga frontliners terutama yang duduk dekat, bila mereka tulis dalam Facebook pun, tulis apa-apa yang membuatkan senyuman dan gelak.

"Saya dah cuba ini agak lama pada Facebook rakan frontliners dan nampaknya walaupun sesaat senyum tapi itu lebih baik daripada jadi kaunter pertanyaan keadaan Covid.

"Mereka juga ada kehidupan yang mereka sayang, jadi lagi molek join mereka atas kegembiraan mereka," ujar Syed Azmi yang sekadar memberikan cadangan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain