KISAH penghijrahan pengacara dan usahawan popular, Neelofa yang tampil berniqab baru-baru ini ternyata mencuri perhatian ramai. Selain para peminat, seorang gadis mengakui turut tersentuh dengan khabar gembira itu sehingga berhasrat menyerahkan lukisan Kaabah yang dihasilkannya kepada Neelofa. Menurut Wan Nur Baiti Wan Mohd Fauzi, 25, dia sudah lama menghasilkan lukisan itu dan berbesar hati jika Neelofa sudi menerima hadiah tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Balik Malaysia, wanita ini belajar Tezhip sendiri-sendiri untuk bina kerjaya... ‘simpan’ ijazah seni bina dari UK - “Duit dapat, pahala pun dapat” ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Nak tengok lukisan atau pelukisnya dulu? - “Cantik itu subjektif” "Sebenarnya lukisan itu saya hasilkan sekitar Mac lalu. Ambil masa dua ke tiga minggu juga untuk dilukis sebenarnya. "Saya mahu hadiahkan versi cetakan yang saya hasilkan untuk Neelofa sebab lukisan asal sudah dijual. Baiti mengakui terinspirasi dengan penghijrahan Neelofa. "Saya tersentuh baca mengenai penghijrahannya. Jauh perjalanan dia sampailah ke tahap ini. Pengorbanannya untuk hal duniawi sangat memberi inspirasi kepada saya," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Baiti, dia mengakui lukisan itu cukup dekat di hatinya. Ada perasaan istimewa bila hasilkan lukisan tu. BAITI Malah, ia dihasilkan dengan teliti, menggambarkan kerinduannya kepada Tanah Suci selepas dua kali kunjungan untuk melakukan ibadah umrah pada tahun 2009 dan 2018. "Lukisan itu meluahkan rasa rindu saya untuk melihat Kaabah di depan mata. Ia seolah-olah boleh relate dengan penghijrahan Neelofa. "Hadiah ini juga sebagai tanda terima kasih untuk dia kerana memberi inspirasi kepada saya. Dia juga idola saya dalam bidang perniagaan. Lukisan Kaabah ini dilukis sebagai lambang kerinduan Baiti kepada tanah suci Makkah. "Ada perasaan istimewa bila hasilkan lukisan tu, sambil melukis saya pasang lagu nasyid. Ia betul-betul menggamit memori," kata Baiti. Bercerita mengenai dirinya, pelukis itu mengakui tak menang tangan melayan permintaan pelanggan sehingga tempahan sudah penuh sehingga April tahun depan. Baiti sebelum ini pernah mendapat liputan mStar mengenai kisahnya yang menghasilkan seni bercirikan Islamik dikenali sebagai Tehzip. Di Twitter, posting Baiti yang menyuarakan hasrat menghadiahkan lukisan itu kepada Neelofa turut meraih 5,600 ulang kicau (Retweet). Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!