BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah kisah seorang pemandu lori yang tinggal dalam sebuah pondok kecil bersama isteri dan tiga anak termasuk seorang yang berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) di sebuah negeri utara tanah air. Kisah duka mereka sekeluarga mengundang sebak netizen apabila ia dikongsi menerusi Facebook pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut tengok orang beratur! Ustaz Ebit beli 2 lori tangki air bantu rakyat Selangor, padahal rumah sendiri pun terjejas ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi Tambah memilukan kata Ebit, kediaman daif keluarga itu juga tidak mempunyai bekalan elektrik. "Tinggal rumah tiada elektrik dan tiada tandas. Macam pondok kecil sahaja. Tiada peti ais. Tiada mesin basuh. Ada satu katil single je. "Lagi sayu kerusi roda anak dah rosak. Pondok sangat kecil tapi bersih kemas je. Tiada langsung perabot," ujar pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau itu. Ebit meninjau pondok yang menempatkan pasangan suami isteri dengan tiga anak mereka. Jelasnya lagi, rumah berkenaan merupakan sumbangan ihsan orang kampung. Malah, keluarga itu juga merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM). Namun katanya, pekerjaan bapa tiga anak itu yang bergantung pada gaji harian menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan. Allahuakbar. Doakan walau hujan lebat malam kita usahakan cari rumah baharu untuk dipindahkan. USTAZ EBIT LEW "Mereka dapat pertolongan JKM RM300 sebulan. Abang ni kerja bawa lori. Tapi gaji hari. Selalu tiada trip, jadi tiada gaji. "Tak terfikir waktu kita tidur lena di rumah ada kipas aircond. Selesa. Ada orang tinggal begini," kata Ebit. Menurut Ebit lagi, dia sedih kerana kes ini hampir sama dengan kes yang mendapat perhatiannya di Sabah tempoh hari. Salah seorang anak pasangan itu berstatus OKU. "Kali ini dekat semenanjung pula. Allahuakbar. Doakan walau hujan lebat malam kita usahakan cari rumah baharu untuk dipindahkan. "InsyaAllah saya akan bayar sewa. Doakan ya," tulisnya menerusi nukilan di Facebook. Dalam posting itu, Ebit turut memuat naik beberapa keping foto kunjungannya ke kediaman berkenaan. Dikongsi pada Rabu, ia sehingga kini meraih lebih 60,000 tanda suka (likes) dan turut dihujani pelbagai komen netizen yang bersimpati dengan nasib mereka. Kata Ebit, dia sedang berusaha mencari rumah sewa baharu untuk keluarga itu. "Syabas ustaz. Walaupun dah malam dan hari hujan namun usaha untuk menolong diteruskan. "Alhamdulillah ada insan yang hartawan, dermawan, perihatin dan berperikemanusiaan membantu fakir miskin. "Bertuahnya ustaz Ebit Liew. Setiap kali beliau buat perkara ke arah kebaikan berpuluh ribu orang mendoakan kesejahteraan beliau dunia akhirat. "Walaupun hidup susah tapi rumah kemas and bersih. Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!