HATI adik mana yang tak tersentuh sekiranya perniagaan si abang sepi tanpa pelanggan? Begitulah kisahnya mengenai Adila Syuaira Sarji, 24, yang menggunakan kuasa viral di Twitter bagi membantu abangnya, Ahmad Sholehin, 30, yang menjalankan perniagan mi kari di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Menerusi posting tular di Twitter, dia yang mesra disapa Adila berkongsi kisah hiba apabila hanya dua bekas mi kari terjual setelah seharian abangnya membuka gerai pada 15 Oktober lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sambung belajar ke menara gading, gadis 20 tahun pilih naik ke Cameron Highlands tebar roti canai - “Sambal, kuah kari semua saya sediakan” ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan! Seharian tunggu pelanggan, sebungkus nasi kukus pun tak laku... nasib gadis berubah esok hari selepas buat TikTok "Abang mula berniaga sekitar Mac lalu. Mula-mula berniaga permintaan agak bagus. Sehari dalam 60 ke 80 bekas terjual. "Tapi baru-baru ini, mungkin orang takut nak keluar sebab Covid-19, ramai yang bekerja dari rumah, dia nak masak 30 bekas sehari pun tak berani. "Sehinggalah suatu hari tu, dah 4.30 petang tapi baru dua bekas terjual," ujarnya kepada mStar. Mereka turut menghantar mi kari ke rumah anak yatim selepas mendapat rezeki tak diduga dari Twitter. Menurut Adila, dia sedih apabila memikirkan abangnya yang hampa dan seolah-olah mahu berputus asa. Namun, dia mencuba nasib dengan membuat hebahan di Twitter sehingga abangnya kini mendapat ramai pelanggan baharu. "Saya sejujurnya sedih. Sebab dia pun macam dah nak putus asa. Dia ada juga cakap nak cari kerja lain, tapi saya kata teruskan je dulu. Dengan duit itu, kami hantar mi kari ke sebuah rumah anak yatim di Taman Medan. ADILA "Lepas viral di Twitter, banyak permintaan mi kari. Ada juga dari luar Kuala Lumpur (KL) yang kami tak boleh nak hantar. "Saya rasa bersyukur sebab ramai orang yang baik hati di Twitter. Malah, ada 26 orang dari luar KL yang transfer duit kepada abang saya dengan niat sedekah. "Jadi, dengan duit itu, kami hantar mi kari ke sebuah rumah anak yatim di Taman Medan," ujarnya lagi. Mi kari hasil air tangan abang Adila. Menurut Adila, abangnya yang masih lagi bujang sebelum ini pernah bekerja sebagai juruteknik. Mengakui abangnya cukup berkebolehan dalam memasak, menu mi kari yang dijual pada harga RM6 juga merupakan resipi olahan abangnya sendiri. Sehingga kini, video dikongsi Adila di Twitter mengenai mi kari abangnya turut menerima lebih 89,000 tontonan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!