suria

Pasangan pengantin Instafamous ‘jalan terus’, tak kisah cakap negatif kahwin muda - “Inilah jodoh saya, rezeki awal untuk halalkan dia”

Majlis perkahwinan pasangan Instafamous ini dilangsungkan di Pulau Pinang pada Khamis.

"SAYA dah bersedia."

Demikian kata seorang Instafamous muda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Khamis.

Lebih setahun berkenalan, Azuan Daud dan Nur Hazlina Hashim, masing-masing berusia 18 tahun mengakui bersedia menempuhi alam perkahwinan biarpun ramai yang meragui keputusan itu.

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Azuan nekad meneruskan perancangan itu dan menganggap ia sebagai ketentuan Ilahi.

ARTIKEL BERKAITAN: “I fikir you putih selama ni” - Instafamous nafi guna filter cerahkan kulit, tenang tepis mesej si mulut jahat

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cengkung kini elok, Instafamous kongsi foto glow up dituduh bedah wajah - “Agak terasa orang kata saya ‘hauk’, tapi...”

"Kami dah berkenalan setahun lebih dan bertunang pada Februari lalu. Ramai yang cakap kami masih terlalu muda, tapi saya tetap nak teruskan.

"Tapi inilah jodoh saya, rezeki awal untuk halalkan Hazlina," ujarnya sewaktu dihubungi.

Azuan dan isteri mengikat tali pertunangan pada Februari sebelum berkahwin pada Khamis.

Menurut Azuan, dia juga tidak lekang berdepan kecaman termasuklah komen-komen jahat mengenai dirinya dan isteri.

Enggan ambil pusing hal itu, dia bagaimanapun menganggap ia sebagai pembakar semangat untuk lebih maju pada masa akan datang.

"Ada je yang kecam, tapi kami dah terbiasa. Biarkan je, sebab mereka tak tahu cerita sebenar. Mereka hanya kenal kami di media sosial menerusi gambar-gambar dan video.

Pasangan ini mencuri perhatian ramai kerana sering berkongsi foto dan video bersama menerusi laman sosial mereka sehingga meraih pengikut tersendiri.

"Ada yang berikan pelbagai tuduhan. Tapi saya tetap nak halalkan hubungan. Kalau orang kata belum puas lagi hidup bujang, saya rasa boleh je enjoy lepas kahwin bersama-sama.

"Pesanan saya kepada yang selalu kecam dan fikir negatif mengenai kami... teruskan. Itu yang buat kami lagi bersemangat.

Kami juga sedia nak tempuhi alam perkahwinan, kena kuat untuk tempuh segala cabaran.

AZUAN DAUD

"Bersemangat untuk naik dan tunjukkan kepada mereka yang kami boleh berjaya, naikkan lagi nama kami," ujarnya.

Menurut Azuan yang mengusahakan kedai gunting rambut di Pagoh, Johor, dia juga tidak merancang soal cahaya mata dan menyerahkannya kepada Allah.

Azuan bersedia hadapi cabaran alam rumah tangga.

"Kalau rezeki datang awal, awallah. Kami dah bersedia, InsyaAllah.

"Kami juga sedia nak tempuhi alam perkahwinan, kena kuat untuk tempuh segala cabaran.

"Alhamdulillah, ibu bapa kami juga beri restu," ujarnya lagi.

Hazlina memiliki hampir 200,000 pengikut di Instagram.

Selain perniagaan gunting rambut, Azuan juga turut membantu perniagaan kedai makan keluarganya dan menolak tanggapan ramai bahawa dia masih muda dan tidak memiliki pendapatan stabil.

"Saya juga ada buat reviu Instagram sebagai pendapatan sambilan. Selain kedai gunting rambut, saya juga bantu keluarga buat bisnes restoran di Pagoh.

"InsyaAllah saya dah bersedia untuk fasa baharu kehidupan bersama isteri, '' ujarnya lagi.

Untuk rekod, Azuan memiliki lebih 51,000 pengikut di Instagram manakala isterinya, Hazlina memiliki hampir 200,000 pengikut Instagram.

Mereka sebelum ini meraih perhatian ramai kerana sering berkongsi aktiviti bersama termasuk video-video yang dihasilkan menerusi aplikasi TikTok.

Majlis perkahwinan berlangsung di kediaman Hazilan di Seberang Perai, Pulau Pinang pada Khamis.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain