suria

Risau fikir bisnes terjejas, peniaga rasa terhibur pemuda baru je kenal di IG minta biskut free... alasannya boleh diterima akal!

Sha mengakui perniagaannya juga sedikit terjejas gara-gara PKPB yang dikuatkuasakan baru-baru ini.

LAIN orang lain ragamnya.

Begitu jugalah situasi yang perlu dihadapi mana-mana peniaga yang perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan.

Terbaharu, seorang peniaga biskut Cookie Cup turut berkongsi kisahnya di Twitter yang mana ada pelanggan tanpa segan silu mahu mendapatkan produk jualannya secara percuma.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya sebab pilih kerja ‘orang tak nampak’, lepasan universiti stres dianggap hidup goyang kaki - “Mungkin sebab saya tiada office hour”

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PKPB kembali dilaksana di Selangor, KL dan Putrajaya bermula Rabu

Menurut Syalin Adlina Sazali, 25, dia tidak marah, namun berasa lucu dengan tindakan rakan lelaki yang baru dikenali itu apabila tergamak meminta biksut secara percuma.

"Di Twitter, ramai peniaga yang berkongsi ragam-ragam pelanggan mereka. Jadi saya terpanggil untuk kongsi apa yang saya lalui beberapa bulan sebelum ini.

"Dia kawan saya sebenarnya, baru nak mula kenal. Dia ikuti saya di Instagram. Ingatkan dia nak beli, rupa-rupanya nak free.

"Dia kata nanti akan tolong promosi pada kawan-kawan pejabat. Tapi saya nak hantar kuih tu pun agak jauh. Jadi saya senyap dan terus tak reply," ujarnya kepada mStar.

Posting Sha yang tular di Twitter.

Mesra disapa Sha, dia tidak melihat dirinya sebagai seorang yang kedekut.

Namun katanya, sifat pemurah itu haruslah bertempat dan enggan menjadikan dirinya sebagai mangsa individu yang suka mengambil kesempatan.

"Ini kali pertama saya ada pengalaman macam ni. Rasa kelakar bila dia minta free. Tapi dia seorang je macam tu, kawan-kawan yang lain ramai support saya.

Kalau sebelum PKPB, untung dalam empat angka sehari. Sejak PKPB, drop jadi tiga angka.

SYALIN ADLINA SAZALI

"Kita berniaga pakai modal, buat biskut bukan percuma. Tapi saya pun pernah bagi biskut free pada kawan-kawan untuk minta feedback.

"Kalau tak boleh beli yang mahal, boleh cuba yang murah. Tapi janganlah minta percuma," ujarnya.

Dalam pada itu, Sha mengakui perniagaannya juga sedikit terjejas apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan pada 14 Oktober lalu.

"Terjejas juga sebenarnya. Kalau sebelum PKPB, untung dalam empat angka sehari. Sejak PKPB, drop jadi tiga angka.

"Tapi masih OK lagi, Alhamdulillah, ramai yang menyokong," kata gadis dari Klang itu.

Biksut yang dihasilkan oleh Sha.

Dalam pada itu, ramai pelayar Twitter turut bersetuju dengan apa yang dikongsi Sha.

Malah, ada dalam kalangan mereka yang mengusahakan perniagaan turut berdepan pengalaman serupa.

"Nak free je, ingat orang buat guna air liur ke?

"Dia fikir modal ni pakai daun kaedahnya?

"Tolong jangan bagi free. Siapalah ni rasa nak marah betul," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain