DEMI meneruskan kelangsungan hidup ketika pandemik, ada sanggup melakukan apa saja termasuk berhijrah dari kampung halaman. "Selepas tujuh bulan menganggur kini akhirnya tercipta juga bisnes kecil-kecilan. Tak beli tak apa janji rt (ulang kicau) sekurang-kurangnya ramai orang tahu. "Semoga Allah membalas jasa baik anda semua dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat," tulisnya sehingga posting tersebut diulang kicau lebih 20,000 kali. ARTIKEL BERKAITAN: Simpanan licin, pemuda hilang kerja akibat PKP tak sangka bisnes masyuk! Menu dari seberang buat pelanggan jauh pun terliur, nak order banyak ARTIKEL BERKAITAN: Pasar basah jadi norma baharu bekas pekerja bank selepas 4 bulan 'separuh gila', hilang arah - "Saya menangis meluahkannya kepada mak" Berkongsi pengalaman, pemuda berkenaan, Hazli Asyraf Ruslim memberitahu, dia menganggur sejak tujuh bulan lalu selepas tamat pengajian di Politeknik Pagoh di Johor. Perkongsian Hazli di laman sosial menjadi tular. Graduan Diploma Kejuruteraan Petrokimia itu berkata, dia menceburi pelbagai bisnes secara kecil-kecilan bagi mendapat sumber rezeki sementara memperoleh kerja tetap. "Bila saya tamat pengajian dah mula PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), jadi susah nak dapat kerja tetap dan saya mula buat macam-macam bisnes. "Dari jual air buah semasa bulan puasa, cookies untuk hari raya sehingga saya memutuskan untuk berhijrah dari kampung dan mencuba nasib yang lebih baik," ujar pemuda berusia 21 tahun itu kepada mStar. Dua sahabat berhijrah dari Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib lebih baik. Berasal dari Padang Besar di Perlis, Hazli membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bersama rakan sekolahnya, Azrai Emir Ainol Zafri juga berusia 21 tahun. "Beberapa bulan pertama kami terpaksa menumpang rumah kawan-kawan di Kuala Lumpur dan bergantung kepada simpanan dan duit belanja daripada mak ayah di kampung. "Saya ada juga mohon kerja di beberapa tempat tapi belum ada panggilan. Jadi, saya dan rakan perlu meneruskan bisnes kecil-kecilan di bandar," katanya sambil menambah rakannya Azrai juga berpengalaman berniaga di Perlis. Membuat persiapan di rumah sewa. Sepanjang kira-kira tiga bulan pertama itu, dua sahabat itu menumpang dari sebuah rumah ke sebuah rumah rakan yang lain sambil mencari peluang kerja dan perniagaan. "Keluarga ada beri nasihat, kalau masih tak ada kerja atau peluang bisnes baliklah semula ke kampung. Pada masa sama mereka terus beri sokongan. Keluarga ada beri nasihat, kalau masih tak ada kerja atau peluang bisnes baliklah semula ke kampung HAZLI ASYRAF RUSLIM "Macam-macam hal yang berlaku sepanjang tempoh ini termasuk kereta mak yang saya guna untuk datang ke Kuala Lumpur mengalami kerosakan. "Tapi kami tak putus asa dan cuba sehabis baik. Alhamdulillah, rakan-rakan juga banyak membantu termasuk meminjamkan wang untuk modal bisnes," tambahnya. Makanan yang sedia untuk penghantaran. Dengan modal sebanyak RM4,000, Hazli berkata, mereka berdua memulakan bisnes menjual nasi daging bakar, nasi ayam bakar dan nasi kambing bakar dari rumah sewa di Sentul. "Kami berdua menyewa satu bilik. Dan kami akan bangun seawal 5.30 pagi untuk buat persiapan sebelum memasak selepas Subuh. "Buat masa ini kami sendiri yang hantar makanan secara COD (pembayaran tunai semasa serahan) berikutan peningkatan kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarakat (PKPB) di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar. "Jika keadaan lebih terkawal, kami bercadang untuk berniaga di gerai di tepi jalan. Secara tidak langsung ia membolehkan kami untuk menjual dengan kuantiti lebih besar," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!