suria

Kecoh kafan anak kucing... gadis kata bukan guna kain, tapi tisu! Belum tanam dah ada tunggu di 'liang lahad' - “Dia cium-cium, mungkin 'teringat' anaknya”

Video yang memaparkan Aimi Syahidah menanam bangkai anak kucingnya menjadi tular di Twitter.

"SAYA hanya mahu tunjukkan kasih sayang antara haiwan, namun tak sangka ada pula yang lihat dari sudut negatif"

Demikian penjelasan seorang gadis berhubung satu video yang dimuat naik olehnya di laman Twitter, baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan gadis tersebut yang dalam proses menanam bangkai seekor anak kucing, dan pada masa sama terdapat seekor lagi kucing betina dewasa menunggu di 'liang lahad' seolah-olah 'meratapi' kematian anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nota ditinggalkan rider jawab punca kematian kucing kesayangan, apa yang ditulis buat air mata pemilik gugur kali kedua

ARTIKEL BERKAITAN: “Mesti fikir kucing dulu” - Demi 27 bulus, anak dedah ibunya rela tak bercuti sekeluarga, sanggup ulang alik beli katil comel

Di dalam video itu juga, kelihatan bangkai anak kucing tersebut 'dikafankan' persis jenazah manusia.

"Sebelum aku bawak si anak ke liang lahad, si 'ibu' dah siap-siap tunggu. Pastu masa masukkan anak dalam tu, dia cium-cium anak tu.. Allahu... aku pulak yang nak nangis," demikian kapsyen pada posting berkenaan.

Sehingga kini video tersebut mencatatkan tontonan melebihi 70,000 kali selain meraih sehingga 3,500 retweet.



Aimi Syahidah menggunakan tisu sebagai pengalas sebelum menanam anak kucingnya.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Aimi Syahidah berkata tujuan utama perkongsian video berkenaan adalah semata-mata mahu memaparkan kasih sayang antara haiwan.

"Anak kucing itu mati selepas empat hari dilahirkan. Saya pun korek lubang di belakang rumah untuk menanamnya... bila saya kembali semula dengan membawa bangkai anak kucing untuk ditanam, ada seekor kucing betina dah tunggu di 'liang lahad'.

"Kucing itu sebenarnya bukan ibu kepada si anak kucing yang mati tu tapi ia adalah kucing jiran yang menumpang di rumah saya. Sebulan yang lalu, ia juga melahirkan anak tapi ketiga-tiga anaknya yang kesemuanya berwarna hitam, mati.

"Mungkin dia 'teringat' apabila tengok anak kucing yang nak ditanam ni sama macam anaknya. Tapi tak sangka pula, ada yang perhati benda lain... mereka pertikai pasal 'kafan' anak kucing tu.

"Tapi saya nak jelaskan... itu bukan kain pun. Hanya sekeping tisu. Saya tak sampai hati nak letak macam tu saja jadi saya lapik dengan tisu. Tapi mungkin sebab nampak macam kafan, itu yang jadi perhatian," ujar gadis berusia 21 tahun ini.

Ada yang kata tak elok kafan haiwan macam tu... ada yang pertikai kenapa korek lubang tak berapa dalam sebab bimbang haiwan lain makan.

AIMI SYAHIDAH

PEMILIK KUCING

Ujar Aimi Syahidah, komen melulu tersebut dilontarkan oleh netizen di Facebook, selepas perkongsiannya menjadi tular di laman sosial berkenaan.

"Sebenarnya tak banyak, ada dalam beberapa sahaja komen negatif tu... ada yang kata tak elok kafan haiwan macam tu... ada yang pertikai kenapa korek lubang tak berapa dalam sebab bimbang haiwan lain makan.

"Saya sedikit kecil hati juga kerana komen yang diberikan tu melulu dan tak bertanya pun. Namun saya ada buat penjelasan juga di Twitter, bahawa itu bukan kain kafan tapi hanyalah tisu.



Antara komen netizen yang turut sama merasai kesedihan gadis berkenaan.

"Mengenai kubur pula, Alhamdulillah hingga hari ini ia masih elok dan tak ada pun dikorek oleh haiwan lain.

"Apa pun saya bersyukur, ramai netizen berikan kata-kata semangat kerana mereka faham bagaimana rasanya kehilangan haiwan peliharaan," katanya yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan ini.

Bercerita lebih lanjut, gadis yang merupakan penuntut jurusan Kujuruteraan Awam di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini berkata, dia sememangnya sering membuat perkongsian mengenai kucing peliharaan di Twitter.



Dua daripada empat ekor kucing peliharaan Aimi Syahidah.

"Tapi tweet yang baru-baru ini kali pertama jadi viral... memang tak sangka langsung. Saya memang suka pelihara kucing sejak kecil, dan hingga kini ada empat ekor kucing termasuk dua ekor anak kecil yang baharu dilahirkan.

"Tapi di rumah keluarga kami ada banyak lagi kucing-kucing jiran yang sering datang kerana saya memang suka beri kucing makan, termasuklah kucing hitam seperti dalam video tu... siap beranak sekali tapi ketiga-tiga anaknya mati dan saya yang tanam.

"Keluarga pun sayangkan kucing dan tak ada masalah nak beri makan kucing-kucing ni. Saya percaya, insyaAllah ada ganjarannya jika kita berbuat baik kepada haiwan," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain