AJAL maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Begitulah juga perjalanan hidup Abdul Aziz Limon, 65, apabila dia baru sahaja bertunang dengan wanita pilihan hatinya pada 17 Oktober lalu. Apa yang menarik, anak tunggal kepada warga emas itu, Norashikin, 32, berbesar hati untuk menjadi wakil bapanya dalam upacara berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: “Selagi ayah ada, saya boleh jaga dia” - Bapa 'cool' menangis nikahkan anak, adik pengantin mula rasa tak nak kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan pengantin Instafamous ‘jalan terus’, tak kisah cakap negatif kahwin muda - “Inilah jodoh saya, rezeki awal untuk halalkan dia” Malah, video memaparkan Norashikin sedang menyarungkan cincin ke jari Asnah Ibrori, 54, turut menjadi tular setelah ia dikongsi menerusi aplikasi TikTok. Menurut Norashikin, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk melihat bapanya bahagia dan berharap jodoh baharu itu akan berkekalan selamanya. "Mak saya meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada tahun 2018. Dalam tahun ini abah maklumkan pada saya dia nak berkahwin. Norashikin diapit bapa dan bakal ibu tirinya bersama ahli keluarga yang lain dalam majlis pada 17 Oktober lalu. "Abah tanya bila nak jumpa makcik (bakal isteri). Saya agak sibuk, tak sempat sebenarnya. Namun baru-baru ini baru berkesempatan berkunjung ke rumahnya. "Itu kali pertama saya jumpa makcik. Saya rancang, alang-alang pergi jumpa dia, apa kata terus meminang dan bertunang. InsyaAllah ikat tak lama, majlis kahwin akan dibuat pada Disember ini," ujarnya kepada mStar. Menurut jurusolek dan pelukis inai itu, dia sebagai anak tunggal mengakui kasihan melihat bapanya tinggal berseorangan. Alhamdulillah tiada yang kecam, ramai yang doakan ayah saya. NORASHIKIN ABDUL AZIZ Malah, dia juga bersedia menerima kehadiran wanita itu bagi menjadi teman hidup bapanya selepas ini. "Saya sendiri beli cincin. Saya yang rancang majlis itu. Memang selama ni pun saya yang buat semua untuk abah. "Saya kesian tengok abah sendirian. Walaupun ada kawan-kawan datang rumah, tapi susah sebenarnya nak cari teman hidup, teman sakit. Foto sekitar majlis pertunangan itu. "Bila dia jumpa makcik, dia cerita pada saya... saya kata OK. Saya boleh terima, asal abah bahagia. "Sebab saya pun dah berkeluarga, dah ada suami. Tapi saya tetap tak akan abaikan tanggungjawab kepada abah selepas ini," ujarnya. Dalam majlis di kediaman wanita itu di Larkin, Johor, Norashikin hadir berlima bersama bapanya, suami dan dua orang rakannya. Kata Norashikin lagi, wanita itu mempunyai 11 anak dan dia menerima keluarga itu dengan hati yang terbuka. "Makcik ada 11 anak. Tapi semua dah besar. Boleh jadi kawan-kawan saya. Norashikin (dua dari kiri) mengakui tidak sangka video yang dikongsi di TikTok akan meraih perhatian ramai. "Masa majlis tu kami pergi lima orang je. Maklumkah tengah Covid-19. "Kemudiannya saya secara suka-suka kongsi di TikTok, tak sangka video tu jadi viral. "Alhamdulillah tiada yang kecam, ramai yang doakan ayah saya," ujarnya yang menetap di Kempas. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Jarang sekali kita tengok anak jadi wakil meminang untuk ayah. So sweet. Moga bahagia selalu buat keluarga ini #mstar #mstar15tahun #mstarMoi (Video: @ekin_henna_jb ) A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 25, 2020 at 9:27pm PDT