BUKAN biasa-biasa, seorang guru membuat tutorial cara bermain 'gasing pemadam' yang kini menjadi kegilaan kanak-kanak termasuk pelajar sekolah. Menerusi satu klip video yang tular di media sosial, guru tersebut menunjukkan cara memusingkan pemadam sehingga ia berpusing laju seperti gasing. Kedengaran suara murid-murid yang kagum dengan kehebatan guru tersebut, malahan ada di antaranya menunjukkan isyarat bagus (thumbs up). ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara mahu tinggalkan pelajar, guru akur makan mi segera dalam baldi... guna hanger patah pula - "Bila saya suap, tiba-tiba dia rindukan ayah" ARTIKEL BERKAITAN: "Saya mahu hidupkan suasana menyeronokkan" - Pulas minyak motor terhad di tingkat bawah saja, terbaharu cikgu usung speaker sampai tingkat 3 kejut pelajar Guru berkenaan, Mohd Nazri Merikan berkata, insiden berlaku pada Jumaat lalu selepas sesi kelas subjek Matematik yang diajarnya di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman kira-kira 140 kilometer dari Miri, Sarawak. Nazri bersama sebahagian murid-muridnya. Pemuda berusia 27 tahun itu bagaimanapun menceritakan kisah sebelum rakaman video itu dibuat, iaitu ketika dia sedang mengajar di kelas murid-murid Tahun Dua. "Saya dapati ada beberapa murid saya asyik membelek, bermain pemadam seperti berlatih sesuatu semasa saya mengajar. "Rupa-rupanya mereka lawan gasing pemadam. Pada awalnya saya tegur dan kata akan ambil semua pemadam jika terus bermain dalam kelas," katanya kepada mStar. Berpengalaman mendidik di kawasan pedalaman dekat Miri, Sarawak. Namun, Mohd Nazri berkata, niatnya yang hendak marah terbantut apabila mengenangkan zaman mudanya juga pernah bermain permainan tersebut. "Bila saya tengok mereka bermain gasing pemadam, dari rasa nak marah sebab tak tumpukan perhatian di dalam kelas, rasa kelakar pula sebab cara mereka bermain salah. Nak bermain pun kena ada skil dan kena lakukan betul-betul macam kita belajar dan buat latihan bersungguh-sungguh MOHD NAZRI MERIKAN "Mereka berjaya memusingkan pemadam seperti gasing tetapi tidak selaju atau ia tidak berpusing lama. Saya juga pernah muda, pernah bermain gasing pemadam dan gusti pemadam yang tekan dibucu. "Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah saya main dengan rakan-rakan apabila waktu lapang. Saya selalu menang, tapi ada juga yang lebih power daripada saya," ujarnya secara berseloroh. Selain mengajar Matematik, Nazri (tengah) juga merupakan guru sukan. Berpengalaman dalam bidang perguruan sejak empat tahun, dia turut meminta murid-muridnya supaya memberi tumpuan pada latihan Matematik yang perlu disiapkan terlebih dahulu. Selepas tamat sesi pembelajarannya dan sementara guru lain masuk menyambung sesi seterusnya, Mohd Nazri yang berasal dari Kuching menasihati mereka agar mengutamakan pelajaran. "Masa belajar kena belajar, masa bermain baru boleh bermain. Jadi waktu yang terluang itu saya tunjukkan skil saya di sekolah dulu kepada murid-murid cara bermain gasing pemadam. "Nak bermain pun kena ada skil dan kena lakukan betul-betul macam kita belajar dan buat latihan bersungguh-sungguh," ujar bapa kepada seorang cahaya mata. Nazri (belakang, kanan) mesra dengan murid-muridnya. Dia yang juga guru sukan menjadikan contoh bahawa dia perlu mempunyai skil untuk bermain sukan terlebih dahulu sebelum mengajar atau melatih murid-muridnya. "Saya nampak ada yang kata hebat dan bagi thumbs up. Rasa bangga juga, tapi apa yang lebih penting sebagai guru, kita nak tunjuk role model supaya murid-murid lebih percaya dan fokus kepada penyampaian guru. "Saya bukanlah menggalakkan murid untuk bermain tapi dengan cara ini, saya dapat tunjukkan dan berpesan kepada murid bahawa main tidaklah menjadi satu kesalahan tetapi kalau main tidak berhemah, masa yang salah akan mengganggu sesi pembelajaran. "Kalau main perlu kena pada masanya, beri tumpuan sepenuhnya di kelas dulu, manalah tahu mereka lebih power macam cikgu dia juga main gasing pemadam," katanya. Cikgu pun pernah jadi murid. pic.twitter.com/NF5h7Xz2K8 — Nazri Merikan (@NazriMerikan) October 23,2020 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!