PERKONGSIAN foto seorang jejaka yang sedang memegang buah seakan-akan petai gergasi ternyata menarik perhatian ramai. Malah, nama asal tumbuhan itu turut menjadi perdebatan individu di Twitter yang mendakwa ia bukan petai, sebaliknya dikenali sebagai beluru. Menurut pemilik foto, Khairil Azman, 23, ia ditemui berhampiran lokasi dia bekerja di Perak, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Mengarut! Petai Hanya Sebabkan Kencing Berbau ARTIKEL BERKAITAN: Petai menangis... mufti kata jangan sampai syirik! "Ia dijumpai di dalam hutan, sekitar kawasan pembinaan saya bekerja. Saya teruja sebab seumur hidup tak pernah jumpa petai bersaiz seperti itu. "Agak menarik perhatian semua orang kerana saiz yang agak tak masuk akal. Tetapi lepas post di Twitter, ada yang kata ia bukan petai tetapi buah beluru atau buah sintok. "Dari situ saya baru tahu kewujudan buah itu," ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Sabtu. Ramai netizen turut meninggalkan komen jenaka mengenai tumbuhan ini menerusi Twitter. Menurut penyelia di sebuah projek cerun itu, dia sama sekali tidak menyangka foto yang dikongsi akan meraih perhatian ramai. Malah, posting itu sehingga kini menerima hampir 15,000 ulang kicau (Retweet). "Tak pernah tengok seumur hidup. Dan tak jangka pun akan mendapat sambutan netizen. Netizen memang sukakan petai. Ada projek pembinaan di kawasan hutan, buah tu betul-betul dijumpai sebelah kawasan pembinaan. KHAIRIL AZMAN "Tertanya-tanya juga sebab pertama kali nampak memang seakan petai bersaiz besar. Ia spesis pokok jenis menjalar liar dalam hutan. "Tapi saya letak balik di tempat asal, tak bawa balik. Saya jumpa memang ia dah ada di atas tanah, berdekatan pokok yang menjalar. "Saya pun tak adalah selalu masuk dalam hutan. Cuma ada projek pembinaan di kawasan hutan, buah tu betul-betul dijumpai sebelah kawasan pembinaan," ujarnya lagi. Dalam pada itu, ramai netizen turut meninggalkan pelbagai komen jenaka mengenai buah berkenaan. Paparan skrin video yang dikongsi di Twitter. "Kalau yang saiz normal pun bau dia dah lain macam, kalau saiz macam ni, korang makan kat Johor, silap-silap sampai Perlis bau petai ni punya penangan. "Kalau kencing kat toilet rumah ni, esok jabatan kimia datang sebab bau suspicious. "Makan satu biji mengunyahnya berapa lama ya? "Ni kalau buat sambal petai boleh makan sebulan ni," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!