suria

Baru nak rakam video TikTok dengan isteri, sekali muncul wanita hantar mesej rindu - “Dah jelaskan dia masih tanya siapa Sharina”

Video prank melibatkan pasangan suami isteri ini tular di laman Twitter.

"SIAPA Sharina?"

Itulah soalan yang terpacul daripada mulut seorang isteri tatkala melihat nama wanita tidak dikenali muncul pada skrin telefon suaminya dengan mesej "I miss you sayang.”

Menerusi satu video tular di Twitter, kelihatan wanita itu seolah-olah cuba merebut telefon suaminya sejurus dia melihat mesej berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja ibu BF hantar mesej ‘prank bersemut’, gadis jawab tuduhan reka sendiri chat WhatsApp - “Mak dia cikgu saya”

ARTIKLE BERKAITAN: Sumpah risau! ‘Jebat derhaka’ terus video call selepas buat ibu menangis - “Saya dah balik jumpa mak, minta maaf”

Tampil bercerita kepada mStar, Akmal Hizzat, 29, mengakui mesej yang muncul itu merupakan satu prank yang dibuat menggunakan filter terbaharu di aplikasi TikTok.

Mesra disapa Akmal, dia mendedahkan isterinya, Fatin Noraishah Shafika, 27, agak marah dan terkejut sebelum dia membuat penjelasan sebenar.

Paparan skrin video tular itu di Twitter.

"Masa tu kami dalam kereta nak pergi hantar barang ke rumah saudara. Masa dia tengah mekap, saya cubalah rakam video TikTok dengan filter terbaharu tu.

"Mula-mula nampak mesej Sharina tu, memang dia percaya. Reaksi dia agak marah, dia genggam tangan dan baju saya.

"Saya minta dia sabar, saya jelaskan bahawa ia filter TikTok. Lepas tu pun dia masih tanya siapa Sharina. Sebenarnya saya reka je nama tu," ujarnya.

Bila dah main TikTok, banyak je ilmu yang saya dapat.

AKMAL HIZZAT

Menurut Akmal yang juga jurutera projek di ibu negara, dia sama sekali tidak menyangka video TikTok yang dikongsi di Twitter itu menerima lebih 120,000 tontonan.

Malah katanya, ramai netizen yang terhibur, tak kurang juga yang bertanyakan nasibnya selepas 'kantoi' dengan isteri sendiri.

"Filter tu sekadar nak kenakan isteri, tak sangka sekali buat terus menjadi. Saya pun tak jangka akan viral, sebab saya kongsi je di media sosial macam biasa.

Pasangan ini baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama pada September lalu.

"Ada yang kata saya kena tidur luarlah selepas kantoi. Alhamdulillah tiada yang kecam, orang ramai pun faham ia sekadar jenaka," katanya.

Menurut Akmal yang menetap di Ampang, Selangor, dia juga mengakui seronok menggunakan aplikasi TikTok.

Malah katanya, ia berbeza dengan pandangan segelintir pihak suatu masa lalu yang menganggap aplikasi itu hanya sesuai untuk remaja.

Akmal tak sangka video prank isterinya akan meraih perhatian ramai.

"Mula-mula dulu memang tak dinafikan persepsi mengenai TikTok. Buka je ada budak menari dan sebagainya.

"Bila dah main TikTok, banyak je ilmu yang saya dapat. Ada yang kongsi video masakan, kereta, perubatan dan sebagainya," ujarnya.

Bercerita mengenai dia dan isteri, Akmal mendedahkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 29 September lalu.

Sehingga kini, video prank itu turut menerima hampir 4,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain