KISAH seorang peniaga telur di Gombak, Selangor yang berdiri di sisi van miliknya sambil menunggu pelanggan ketika cuaca panas ternyata mengundang simpati ramai. Menerusi tweet hebahan oleh Nawalul Huda Hamdan, 25, pada Jumaat, kisah itu pantas menjadi tular sehingga membuka rezeki buat peniaga yang mesra disapa sebagai Pakcik Ali. Bercerita kepada mStar, penjual penapis air dan udara yang mesra disapa Nawal itu sempat memperincikan semula pertemuan kali pertamanya dengan peniaga itu. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai teringin nak cuba roti homemade sebab pakcik ni sweet sangat... asyik puji isterinya - “Tiru makanan hotel tapi dia buat lagi sedap” ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kerja OK, kini jual keropok lekor! Pemuda hilang kerja tak sangka satu mesej WhatsApp daripada abangnya mampu buka rezeki "Saya menetap di Sentul. Masa tu saya nak pergi ke bundle, kemudian ternampak dia duduk berdiri tunggu pelanggan. Masa tu tak ada pelanggan pun. "Memang cuaca sangat panas. Terus saya parking tepi dan beli. Kebetulan stok telur di rumah habis. Jadi dari situ kami mula berborak dan dia bercerita. Pakcik Ali peramah orangya. Nawal terpanggil untuk membantu Pakcik Ali selepas melihat peniaga itu berdiri dalam cuaca tengah panas sambil menunggu pelanggan pada Jumaat lalu. "Saya tanya dia, perniagaan macam mana, OK ke? Saya terdetik nak bantu. Sayu tengok muka dia. Bila cakap nak ambil gambar, terus dia ambil songkok. Kata Pakcik Ali, mana tahu ada rezeki ramai datang," imbas Nawal. Menurut Nawal, Pakcik Ali yang sebelum ini berniaga baju di pasar malam merupakan seorang peniaga yang cukup teliti. Malah, setiap telur akan diperiksa sebelum diserahkan kepada setiap pelanggannya. "Sebelum ini dia jual baju di pasar malam. Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia jual telur. Pakcik Ali kata dia kena sara keluarga. Saya tak boleh bayangkan kalau atuk sendiri yang jual tengah panas, tak ada orang beli. Sedih sangat. NAWALUL HUDA HAMDAN "Dari muda sara keluarga dengan jual baju. Sejak Covid-19, pendapatan terjejas. Jadi kini dia sara keluarga dengan menjual telur. "Masa saya beli, dia ambil telur dan periksa satu-satu untuk pastikan tiada yang kotor atau pecah. Memang ikhlas saya tengok, peniaga macam ni yang kita kena support," ujarnya. Dalam pada itu, rezeki untuk Pakcik Ali ternyata melimpah ruah apabila telur-telur habis terjual pada hari Nawal membuat hebahan di Twitter. Pakcik Ali gembira apabila telur jualannya laris selepas dia tular di Twitter. Malah, ada beberapa individu turut memberikan wang kepada Nawal agar dia membeli telur sebelum ia diwakafkan untuk golongan memerlukan. "Ramai orang mesej saya. Ada dua tiga orang juga bagi duit minta saya belikan dan wakafkan telur. Saya pergi jumpa Pakcik Ali semula pada Sabtu, dia kata syukur sebab telur habis terjual pada Jumaat. "Jarang sangat habis katanya. Dia sangat gembira, boleh nampak pada riak mukanya. Pada Sabtu tu, telur dah tinggal sikit je lagi. Kata Nawal, telur yang dijual Pakcik Ali sangat bersih dan berkualiti. "Saya tak boleh bayangkan kalau atuk sendiri yang jual tengah panas, tak ada orang beli. Sedih sangat. Saya sekadar kongsi di Twitter, gembira dapat bantu dia," ujarnya lagi. Sehingga kini, posting di Twitter Nawal menerima hampir 15,000 ulang kicau (Retweet). Malah, dia turut berkongsi beberapa foto sewaktu kunjungannya ke tapak jualan peniaga berkenaan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!