RASA cemas menyaksikan sebuah video yang menunjukkan seekor anak anjing yang baru lahir, terjatuh ke dalam parit. Lebih sayu apabila ibu kepada anak anjing yang berada di tepi parit itu hanya mampu merenung tajam pada anaknya yang terkapai-kapai dibawa arus. Riak wajah ibu anjing kelihatan sugul, sedangkan kita manusia yang melihat video yang tular itu merasa sebak yang tidak terkata.ARTIKEL BERKAITAN: "Dia ibarat satu dalam sejuta" - Sanggup bahayakan diri, aksi rider selamatkan kucing bawah kereta terima pujian ramaiARTIKEL BERKAITAN: Anjing, kucing jalanan makan 'mewah' kerana lelaki ini berhutang - "Saya makan nasi dengan telur goreng cicah kicap dah cukup" Namun, mujur seorang pemuda yang muncul menyelamatkan anak anjing daripada lemas dengan menggunakan penyodok sampah. Ibu anjing (kiri) hanya mampu menyalak melihat anaknya (bulatan merah) yang baru lahir terjatuh ke dalam parit. Rasa berdebar-debar dan jantung berdegup laju sepanjang menonton video berdurasi lebih dua minit itu, sebelum anak anjing itu akhirnya berjaya diselamatkan. Seperti sebuah drama mengenai kisah ibu dan anak, pengakhirannya membuatkan air mata kegembiraan mengalir apabila anak anjing itu dipertemukan semula dengan ibunya. Berkongsi detik cemas itu kepada mStar, pemuda berkenaan, Mohd Arif Kasim berkata, kejadian berlaku pada petang Jumaat lalu ketika hendak menutup dapur bisnes sushinya di sebuah premis dekat pangsapuri di Petaling Jaya, Selangor yang berhadapan dengan parit tersebut. Anak anjing yang diselamatkan akhirnya dipertemukan semula dengan ibunya. Pemuda berusia 36 tahun itu memberitahu, dia dan isteri pada mulanya mendengar bunyi salakan anjing sebelum mendapati seekor anak anjing terjatuh ke dalam parit. "Saya berlari berpatah balik ke kedai ambil penyodok dan sarung tangan. Penyodok itu yang saya sempat fikir dengan pantas untuk membawa keluar anak anjing itu dari parit. "Ramai persoalkan kenapa saya tak lompat ke parit untuk selamatkan anak anjing tu? Parit itu mungkin nampak cetek tapi sebenarnya agak dalam, dan diselaputi dengan selut dan lumut yang tebal. "Saya kena fikir risiko keselamatan saya juga. Kemungkinan ada objek tajam seperti paku di dalam air. Jangan disebabkan keputusan terburu-buru, saya kemalangan, nasib anak anjing tu entah ke mana," katanya kepada mStar. Berkhidmat sebagai kru kabin di sebuah syarikat penerbangan sejak 2016. -foto ihsan Mohd Arif Kasim Mohd Arif bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan perasaan sayu menyaksikan keadaan ibu anjing seperti penuh berharap agar anaknya itu dapat diselamatkan. "Dengar ibu anjing menyalak sayup-sayup dah buat saya sedih. Sang ibu macam nak lompat tapi hanya mampu mundar-mandir kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Dengar ibu anjing menyalak sayup-sayup dah buat saya sedih. Saya sendiri pernah kehilangan ibu, saya tahu macam mana perasaannya MOHD ARIF KASIM "Namun, saya cukup lega dapat selamatkan anjing. Kenikmatannya tidak terhingga kerana dapat menyelamatkan nyawa. "Saya sendiri pernah kehilangan ibu, saya tahu macam mana perasaannya," ujarnya sambil menambah ibunya meninggal dunia Mac lalu pada usia 68 tahun kerana penyakit tulang belakang. Siapa sangka di sebalik kisah hero yang tidak didendang itu, Mohd Arif sebenarnya baru diberhentikan kerja sebagai pramugara dari sebuah syarikat penerbangan. Mohd Arif kini menumpukan bisnes sushi selepas diberhentikan kerja sebagai kru kabin. Walaupun hilang mata pencarian tetapnya, dia yang berkhidmat sebagai kru kabin sejak 2016 bagaimanapun reda dengan keputusan itu ketika pandemik Covid-19. "Memang sedih tapi saya reda. Syukur saya ada buat persediaan sejak Julai lalu dengan membuka gerai sushi bersama isteri memandangkan jumlah penerbangan berkurangan. "Bertugas sebagai kru kabin mengajar saya banyak perkara. Orang mungkin ingat pramugara hanya beri makanan dan layan penumpang dengan baik. "Tapi sebenarnya lebih daripada itu terutama soal keselamatan. Prinsip itu saya pegang sampai bila-bila seperti kejadian anak anjing itu yang memerlukan tindakan pantas dengan mengambil kira faktor soal keselamatan semua," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 24, 2020 at 6:02am PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!