SAYUP kedengaran suara seekor anjing di dalam longkang, lima sahabat yang baru pulang bekerja pada jam 12 malam bergabung tenaga demi menyelamatkannya. Menerusi satu video dikongsi kepada mStar, Nur Farhana Mohd Radzi, 23, bersama rakan-rakannya mengambil inisiatif menggunakan tali dan kayu untuk mengangkat keluar haiwan berkenaan yang dipercayai sudah beberapa hari terperangkap di dalam longkang. Mesra disapa Hanna, dia yang juga petugas restoran makanan segera McDonalds Puncak Alam, Selangor mengakui tersentuh hati apabila mengenangkan nasib haiwan berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pujuk dulu, kemudian bantu! Cara abang polis selamatkan anjing jatuh longkang buat ramai tersentuh ARTIKEL BERKAITAN: Sayu salakan sang ibu... Pramugara hilang ‘job’ pantas capai penyodok sampah selamatkan anak anjing terkapai-kapai dalam parit – “Tugas kru kabin ajar banyak perkara” "Sebenarnya kejadian ini sekitar dua minggu lepas. Kami baru habis bekerja. Masa nak balik, dengar bunyi anjing menyalak dalam longkang. "Rupa-rupanya ada seekor anak anjing, kecil sangat. Sehari sebelum tu dah ada seseorang keluarkan. Tapi anjing tu terperangkap sekali lagi. Hanna (kiri) dan empat lagi rakannya yang terlibat dalam usaha menyelamatkan anjing berkenaan. "Kami berlima cuba angkat, guna tali untuk tarik ia keluar. Tapi salah seorang kawan turut angkat pakai kayu, sebab tak mahu anjing tu terjerut kalau guna tali semata-mata," imbasnya sewaktu dihubungi. Menurut Hanna, dia amat bersyukur apabila haiwan berkenaan berjaya diselamatkan. Rasa lega sebab dapat selamatkan walaupun penat kena kejar. HANNA Mengakui haiwan itu agak agresif, mungkin kerana ketakutan, dia mendedahkan mereka berlima turut dikejar sejurus ia diselamatkan. "Apabila dikeluarkan, anjing tu terus kejar kami. Padahal anak anjing tu kecil je. Kami pun takut mak anjing tu datang. Tapi sejujurnya tak pernah nampak sebelum ni. "Lepas penat selamatkan, penat kena kejar pula. Akhirnya kawan saya masukkan anjing tu dalam kotak dan bawa pulang ke kawasan rumah dia," dedahnya lagi. Sudah lima tahun berkhidmat dengan restoran berkenaan, Hanna berkata dia sedih mengenangkan banyak kes melibatkan haiwan yang mengalami kejadian sama. Lima sekawan itu turut dikejar sejurus haiwan itu diselamatkan. Malah, dia turut menitipkan pesan buat rakyat Malaysia agar lebih prihatin terhadap haiwan. "Sedih tengok. Walaupun tak boleh pegang anjing, tapi ia tetap haiwan ciptaan Allah. Tak boleh nak biarkan. "Rasa lega sebab dapat selamatkan walaupun penat kena kejar. Kalau bukan kita tolong, siapa lagi? "Jangan fikir bahawa kita tak tolong, mungkin ada orang lain akan buat. Kalau rasa nak tolong, terus buat," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram Mungkin anak anjing tu trauma agaknya. Terus dia kejar orang lepas diselamatkan. Apa-apapun, syukur anak anjing tu selamat. #mstar #mstar15tahun (Video: Twitter @ hnnaa11) A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Nov 1, 2020 at 5:53pm PST