suria

“Rindu bunyi piano, haruman lemon” - Gembira saat ‘dilamar’, jodoh dengan syarikat penerbangan hanya bertahan 3 tahun... pengumuman terakhir undang sebak

Video pengumuman terakhir oleh Naz tular di aplikasi TikTok.

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan.

Begitulah juga kisah melibatkan seorang jejaka yang mana jodohnya bersama syarikat penerbangan Malindo Air berakhir pada 31 Oktober lalu.

Menurut Muhammad Nazrin Fitri Mohd Nasir, 26, dia sudah tiga tahun berkhidmat sebagai ground staff di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum tersenarai bersama 2,200 kakitangan lain yang diberhentikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi punca rezeki di awan biru, 3 pramugari hanya terdiam sebelum menangis... maka terhentilah ungkapan keramat itu - “Rehat kami tidak lagi memberi kebahagiaan”

ARTIKEL BERKAITAN: Foto kru kabin dukung bayi viral ketika ramai singkap memori bersama MAS, anak dedah sisi penyayang bapa - “Kat luar pun macam tu, suka layan cucu”

Mesra disapa Naz, tular video memaparkan dia sedang membuat pengumuman terakhir menerusi aplikasi TikTok sehingga ia mengundang sebak ramai netizen.

Bercerita kepada mStar, Naz mengaku tidak menyangka kerjayanya bersama syarikat itu berakhir dengan cara yang tidak diduga.

"Saya sama sekali tak sangka akan viral. Ia sebenarnya video yang kawan saya rakam. Dia sedang buat video live... sekitar seminggu sebelum kami diberhentikan.

"Kalau saya sendiri memang tak akan rakam, sebab saya malu sebenarnya. Setiap kali buat pengumuman, memang rasa malu.

Naz sudah tiga tahun berkhidmat dengan Malindo Air.

"Berat nak tinggalkan syarikat ni, perancangan selepas ni nak cari kerja baharu. Tapi saya suka kerja yang kena serve orang berbanding kerja di pejabat," ujarnya.

Menurut Naz lagi, video yang tular itu turut dihujani pelbagai komen netizen termasuklah yang memberi kata-kata semangat buatnya.

Namun, terselit segelintir individu yang tidak sensitif apabila dia turut dilemparkan dengan kritikan mengenai cara membuat pengumuman dalam video berkenaan.

"Kebanyakan mereka simpati dengan apa yang berlaku. Tapi ada juga yang komen negatif.

Kena ludah, lempar passport dan maki hamun sinonim kepada airlines staff.

NAZ

"Mereka kata pengumuman saya laju, sebutan tak betul... itu perkara normal dalam dunia pekerjaan ini," katanya.

Mengimbas permulaan kerjayanya, Naz mengakui saat menerima surat tawaran kerja menjadi pengalaman yang cukup manis buatnya.

Imbas Naz lagi, ia juga ternyata mengubat kekecewaan di hati selepas beberapa kali gagal temuduga bersama sebuah syarikat penerbangan lain.

Foto kenangan bersama rakan sekerja di Malindo Air.

"Sebelum saya join Malindo Air, saya pernah pergi interview sebagai ground staff dia syarikat lain beberapa kali namun ditolak.

"Saat saya dapat panggilan dan dimaklumkan terpilih, saya memang gembira sangat. Sebab saya memang dah lama minat nak join dunia airlines.

"Malindo Air telah mereliasasikan impian saya untuk menjadi seorang airlines staff," ujarnya.

Antara yang paling dirindui selepas berpisah dengan syarikat itu tentunya bunyi piano sebelum pengumuman dibuat serta haruman lemon yang disembur di dalam kabin pesawat, luahnya lagi.

Naz berterima kasih kepada syarikat itu yang memberi peluang pekerjaan buatnya tiga tahun lalu.

Kata Naz, dia juga tidak akan melupakan segala kenangan pahit tatkala berhadapan dengan ragam manusia sepanjang perkhidmatannya.

"Kena ludah, lempar pasport dan maki hamun menjadi kebiasaan kepada airlines staff.

"Selain itu, saya juga berpengalaman mengendali penumpang yang terkena serangan jantung semasa ketibaan pesawat.

"Akhir sekali, penumpang meninggal dalam balai pelepasan semasa menunggu boarding time. Kedua-dua situasi ini mencabar tahap kecekapan seseorang ground staff sewaktu kecemasan," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain