suria

Komen warga FB yakin Covid-19 sembuh sendiri curi perhatian KJ, ramai gembira wujud grup tak percaya perubatan moden - “Mereka tolak... cepat sikit giliran kita dapat vaksin”

Khairy memuat naik komen akti vaksin yang diterimanya di media sosial pada Sabtu.

PENULARAN pandemik Covid-19 sepanjang tahun 2020 ternyata menjadi igauan ngeri buat rakyat Malaysia.

Yang paling dinanti-nanti tentunya penemuan vaksin yang berupaya melindungi kita daripada jangkitan wabak berkenaan.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Oktober lalu, negara kita dijangka mendapat bekalan vaksin pada suku pertama tahun 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Benda yang paling dinanti-nantikan... Malaysia dijangka terima bekalan vaksin Covid-19 suku pertama 2021

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak mustahil kita berjaya putuskan jangkitan Covid-19 tanpa vaksin” - Dr Noor Hisham

Namun lain pula ceritanya melibatkan segelintir netizen di laman Facebook apabila mereka meluahkan rasa tidak yakin dengan keberkesanan vaksin Covid-19.

Malah, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin turut memuat naik beberapa paparan skrin memaparkan komen golongan anti-vaksin ke laman Twitter miliknya.

"Sebahagian sampel komen mengenai vaksin Covid-19 dari Facebook saya.

Antara komen diterima Khairy di Facebook yang mana ia turut dikongsi semula di Twitter miliknya.

"Ini memaparkan cabaran komunikasi besar yang akan kita hadapi semasa pelancaran imunisasi kebangsaan," ujarnya di Twitter pada Sabtu.

Selain ragu-ragu dengan keberkesanan vaksin, ada netizen turut meninggalkan komen kononnya wabak itu boleh sembuh dengan sendiri.

"Malaysia paling ramai sembuh tanpa vaksin. Kenapa pula nak vaksin?

Ini memaparkan cabaran komunikasi besar yang akan kita hadapi semasa pelancaran imunisasi kebangsaan.

KHAIRY JAMALUDDIN

"Tak meyakinkan keberkesanannya. Sebab yang sekarang ni pun ramai je yang boleh sembuh kalau tiada underlying health issue.

"Adakah semata-mata mengharapkan vaksin kita selamat? Macam mana hubungan kita dengan Allah? Apa dah jadi dengan masjid di negara ini?

"Saya tak nak divaksin sebab sistem imun saya. Sekarang peratus sembuh tinggi, so tak perlu vaksin," tulis beberapa individu di Facebook.

Tweet Khairy yang turut disertakan dengan beberapa paparan skrin komen kumpulan anti vaksin.

Di Twitter, ramai netizen kurang bersetuju dengan komen-komen yang dikongsi oleh Khairy yang mana ia disifatkan cukup menyedihkan.

Malah, posting oleh Khairy turut mendapat lebih 1,700 ulang kicau (Retweet) dan dihujani ratusan komen netizen.

"Itu komen di Facebook YB (Yang Berhormat). Kalau di Twitter InsyaAllah masih waras komen-komennya.

Negara kita dijangka mendapat bekalan vaksin pada suku pertama tahun 2021.

"Sebetulnya puak yang menolak vaksin dan tak percaya Covid ini perlu menjadi panel mencuba vaksin. Bukankah mereka tak takut?

"Penting juga geng-geng anti vaksin ni. Sebab mereka bermati-matian tolak vaksin, jadi cepat sikit giliran kita dapat vaksin.

"Ianya seperti membaca komen penyokong-penyokong Donald Trump," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain