suria

Wow! Gadis makin cun selepas berat turun 10kg dalam 2 bulan, tak skip nasi pun... ada kata muka ala-ala Tok Ti - “Saya sahut cabaran adik”

Foto perubahan wajah Izzah selepas kurus (kanan) dikatakan netizen mirip Datuk Siti Nurhaliza.

"CONFIRM kena ngorat la dik, tambah-tambah muka ala-ala Siti (Datuk Siti Nurhaliza)."

Itu antara kata-kata netizen yang kagum dengan transformasi seorang gadis yang berjaya menguruskan badannya.

Kata-kata pujian itu dilontarkan netizen selepas Izzah Hazwani berkongsi beberapa keping foto transformasi dirinya menerusi satu bebenang di Twitter dengan kapsyen ‘After all the hardworks, yeay from 55kg to 45kg’.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dari kecil tak pernah rasa kurus” - Gadis turun hampir 18kg selepas buat 9 perkara, produk pelangsingan hanya tambah stres

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah - "Bila buang air, tangan tak sampai nak cuci"

Perkongsiannya itu berjaya meraih 16,200 tanda suka dan 3,300 ulang kicau.



Izzah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa dua bulan.

Menurut Izzah Hazwani, dia tidak menduga perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai malah menganggap kata-kata itu sekadar satu pujian.

"Sebenarnya sebelum ni ada juga orang kata muka saya macam Datuk Siti (Nurhaliza) tapi saya tak rasa pun saya seiras dia.

"Mungkin pandangan sesetengah orang nampak muka saya dengan dia sama. Saya anggap itu sebagai pujian.

"Siapa je tak bangga bila disamakan dengan dia. Pada masa sama kata-kata itu beri motivasi pada diri saya untuk berjaya seperti dia," katanya kepada mStar.

Jelas gadis berusia 23 tahun itu, dia mengambil masa selama dua bulan untuk mendapatkan berat badan idaman.



Izzah sentiasa mengamalkan diet sihat dan juga bersenam.

Menerusi proses diet dan senaman yang dimulakan sekitar September lalu, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

"Impian saya mahu kekal cergas supaya saya boleh ada keyakinan dalam apa jua yang saya lakukan.

"Saya memang tak skip makan nasi tapi saya ambil suku-suku separuh. Saya juga elakkan makan fast food dan benda manis.

"Saya amalkan senaman yang saya enjoy lakukan seperti jogging, zumba atau menari. Saya juga biasakan diri minum air putih tiga liter setiap hari," katanya.

Cerita gadis kelahiran Selangor ini, bukan mudah untuk dia mencapai berat badan idaman tetapi dia percaya tiada apa yang mustahil.



Tweet Izzah mendapat perhatian netizen.

"Awalnya agak sukar tapi saya start motivate diri sendiri. Bila ada matlamat yang jelas barulah segalanya akan berjalan dengan lancar.

"Mulakan dengan membina hubungan sihat dengan makanan dan lebih berdisiplin. Jadikan sebagai habit, lama-kelamaan dah terbiasa.

Saya memang tak skip makan nasi tapi saya ambil suku-suku separuh. Saya juga elakkan makan fast food dan benda manis.

IZZAH HAZWANI

Pelajar

"Saya juga jadikan Alivia D’andrea sebagai inspirasi untuk kurus. Saya bersemangat bila tengok gaya hidup sihatnya, ” katanya yang mesra disapa Jah.

Tambah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu, adiknya Que Afiq turut menjadi titik permulaan bagi dirinya untuk kelihatan lebih langsing.



Izzah tidak mengambil sebarang suplemen untuk kurus.

"Alhamdulillah saya tak pernah ada pengalaman kena ejek tapi adik saya jadi titik permulaan untuk kurus.

"Dia cabar saya tapi pada masa sama selalu bagi saya semangat dalam diet yang saya lakukan.

"Saya pun sahut cabaran dia dengan amalkan pemakanan sihat dan senaman tanpa ambil sebarang suplemen kurus," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain