suria

Idam jadi MUA terkenal, pemuda 'dagu panjang' tak hirau digelar alien... nafi bedah wajah - “Paling terasa bila orang pertikai lelaki pakai mekap”

Haiqal aktif berkongsi video solekan di TikTok dan Instagram.

APABILA bercerita mengenai solekan wajah, ia cukup sinonim dengan kaum hawa.

Namun, ramai sebenarnya golongan lelaki yang turut memiliki bakat dan kreativiti sehingga menjadi popular kerana solekan mereka.

Begitu juga dengan jejaka berusia 21 tahun ini apabila dia meraih perhatian pengguna media sosial menerusi pelbagai teknik solekan yang dipamerkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak cukup beraksi di dapur, cef ini kalis kecaman selepas gigih mekap muka sendiri - “Saya mula dengan tepung ubi, air panas...”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby doll’ dihujani kritikan... walau tak kecil hati, jurusolek kesan khas tetap ada alasan sendiri - “Dalam 10 yang suka, mesti ada yang tak suka”

Bercakap kepada mStar, Muhammad Haiqal, mengakui sudah meminati bidang itu sejak di bangku sekolah menengah lagi.

"Dah lama minat mekap. Yang penting saya tak pernah ikuti mana-mana kelas atau kursus. Semua saya belajar sendiri.

"Kadang-kadang tengok gambar je dah boleh tiru dan buat. Ada juga saya tengok video tutorial di internet.

Haiqal nafi dakwaan netizen kononnya dia melakukan pembedahan wajah.

"Saya tak menolak rezeki, seandainya boleh jadi jurusolek (MUA) terkenal suatu hari nanti, sudah tentu ia boleh jadi sumber pendapatan saya," ujarnya.

Menurut pembantu butik di Genting Highland itu, beberapa solekan yang dikongsinya turut mendapat reaksi berbeza-beza daripada netizen.

Malah, dia juga tidak terlepas menerima kata-kata jahat termasuklah yang menuduh dia melakukan pembedahan plastik.

Ada yang panggil alien dan kata bedah muka.

HAIQAL

"Sebelum tuduh, tengok dulu. Saya tak bedah muka, tengok pisau pun takut. Ada yang kata saya bedah dagu jadi panjang, itu sebenarnya teknik solekan je.

"Ada yang panggil saya alien (makhluk asing). Tapi paling terasa bila orang pertikai lelaki pakai mekap.

"Tapi kecaman tu buat saya lagi bersemangat. Saya tak sedih bila kena kecam, saya pun tak kisah.

"Yang penting saya happy. Respon positif pun banyak juga di media sosial," ujarnya lagi.

Menetap di Batang Kali, Selangor, Haiqal sempat menitipkan pesan buat pengguna media sosial yang lantang mengkritik tanpa usul periksa.

Haiqal berhasrat jadi jurusolek terkenal suatu hari nanti.

Ujarnya, ada cara berhemah untuk menegur dan sebarang bentuk penghinaan fizikal sepatutnya dielakkan.

"Bila viral di TikTok, orang start judge saya. Ada yang panggil alien dan kata bedah muka.

"Pesan saya, kita semua manusia biasa. Ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita semua ciptaan tuhan.

"Terima seadanya, jangan tuduh je," ujarnya lagi.

Selain aplikasi TikTok, Haiqal juga aktif berkongsi video solekan di Instagram.

Selain solekan kecantikan, dia juga berbakat melakukan solekan kesan khas.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain