BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Tidak dapat bayangkan bagaimana seorang warga emas hidup selama 12 tahun di dalam sebuah pondok kecil yang terlalu daif. Kisah warga emas berusia 70 tahun ini mengundang sebak netizen selepas dikongsikan di Facebook oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang berkesempatan menziarahi wanita berkenaan di 'terataknya' baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Dah tak perlu merayau di pekan, rayu pinjam RM5! Ustaz Ebit tak berlengah, terus hantar 4 beradik ke sekolah tahfiz... babak berlari nak salam cukup hiba ARTIKEL BERKAITAN: “Tak terfikir... ada orang tinggal begini” - Ustaz Ebit redah hujan, gelap malam bantu keluarga pemandu lori di pondok daif, tersentuh tengok wheelchair rosak Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Ebit meluahkan rasa sebak apabila melihat sendiri keadaan 'teratak' warga emas berkenaan. "Sayu hati sampai Tumpat, dah lewat ziarah nenek 12 tahun tinggal di pondok atau bangsal kecil ini. Atap bocor dan lantai macam nak roboh. "Tiada tandas. Di situlah tempat tidur, masak, dan kopek bilis. Kecil sangat... sedih tengok. Macam manalah yer hidup begitu 12 tahun," ceritanya menggambarkan keluasan pondok berkenaan yang hanya sekangkang kera. Ustaz Ebit meluangkan masa menziarahi nenek berusia 70 tahun ini di terataknya yang terletak di Tumpat, Kelantan. Menurut Ustaz Ebit, wanita tersebut yang berstatus bukan warganegara hanya mencari rezeki dengan mengopek ikan bilis, yang juga dilakukan di dalam pondok kecilnya itu. Menerusi penceritaan wanita berkenaan, pondoknya didirikan di atas tanah yang dibeli secara ansuran. "Anaknya pun rumah lebih kurang juga... susah. Tadi ada cucunya datang, semua kenal saya. Sekolah di sini semuanya. Ustaz Ebit membantu membelikan bahan binaan dan mengupah tukang untuk menyiapkan rumah yang selesa untuk nenek berkenaan. "Makcik ni sebak saya datang dari jauh nak membantunya. Dah ada beberapa orang jiran dan Badan bukan kerajaan (NGO) cuba membantu nak bina rumahnya. Ramai yang cuba membantu. "Alhamdulillah pagi ini dapat bantu bawa kayu, zink, dan keperluan buat rumah untuk nenek ini. "Nenek ini menangis. Katanya setiap hari 12 tahun berdoa nak bagi ada rumah dan tempat solat sempurna jer. Tangisannya buat saya rasa sebak sayu," cerita Ebit. Nenek ini ternyata tidak dapat menahan rasa sebak selepas doanya selama ini dimakbulkan. Menurut pendakwah itu, dia membantu dengan membelikan barang binaan dan mengupah tukang untuk membuat rumah yang selesa buat warga emas berkenaan. "Kerja dah dimulakan. InsyaAllah 10 hari ini boleh siap semuanya. Makcik ini gembira sangat. Beri juga sedikit sumbangan belanja tadi," ceritanya. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 1,200 shares. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!