suria

Guru honeymoon ketika pandemik? Pendedahan kisah warden didatangi pelajar sambil menangis mungkin boleh beri jawapan - “Biasanya ada kematian, tapi sangkaan saya meleset”

Seorang pelajar menangis mengadu masalah kepada gurunya. -gambar hiasan

SEMUA sekolah di bawah Kementerian Pendidikan kini ditutup sehingga akhir sesi persekolahan 18 Disember ini berikutan gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Sepanjang penutupan sekolah, sesi pengajaran dan pembelajaran tetap diteruskan di rumah, mengikut kesesuaian guru dan murid.

Namun, salah seorang pelajar di sebuah asrama terlebih dahulu mahu pulang ke rumah sehingga menangis-nangis berjumpa dengan gurunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara mahu tinggalkan pelajar, guru akur makan mi segera dalam baldi... guna hanger patah pula - "Bila saya suap, tiba-tiba dia rindukan ayah"

ARTIKEL BERKAITAN: Murid dijemput Ilahi sehari selepas guru tergerak hati call tanya khabar, sambil lap air mata bapa arwah dedah sesuatu yang mengejutkan - "Kami dah 'standby' kain kafan..."

"Pengalaman saya sebagai warden biasanya kalau budak nangis-nangis ni dah boleh agak, biasanya ada kematian.

"Tapi sangkaan saya meleset. Dia kata ayah saya dah lama tak balik rumah cikgu. Saya risau mak saya cikgu, boleh tak saya nak tengok mak saya? Allahu. Dalam hati saya terdetik, dia seorang anak yang baik," tulisnya di Facebook Muhammad Yusof.

Guru yang berkhidmat di Johor itu bagaimanapun tidak banyak bertanya kerana bimbang ia hanya akan menambah kesedihan pelajar tersebut.

"Setelah selesai dengan urusan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat, saya hantar dia balik ke rumah, tengok mak dia.

"Kalau ikutkan, buat apalah saya nak tolong dia. Lantak pi lah dia dengan keluarga dia. Tapi naluri keguruan saya tak nak saya buat macam tu," katanya.



Pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian di rumah. -gambar hiasan/foto Bernama

Selain sedikit sumbangan wang tunai, guru ini turut memberi motivasi dan sokongan moral kepada pelajarnya.

Sebenarnya ketika musim Covid-19, ada insan yang diuji dengan pelbagai masalah seperti kewangan, keluarga termasuk kehilangan pekerjaan.

"Bila jadi cikgu ni kalau ada anak murid yang keluarganya diuji dengan masalah macam tu, kadang-kadang kita sebagai cikgu, nak tak nak, kena bantu mana yang boleh kita bantu.

"Cuma bila ramai orang pertikaikan cikgu-cikgu makan gaji buta ni, saya rasa pandangan tu sangat tak adil buat semua cikgu.

"Pelik juga saya, masa PKP ni adakah semua cikgu cuti-cuti Malaysia, honeymoon sambil makan gaji buta?" soalnya.

Yang kata cikgu-cikgu makan gaji buta sedar tak yang cikgu-cikgu ni ramai je yang sedekah jariah buat amal beli perkakasan elektrik, komputer baru, telefon canggih, bayar internet mahal-mahal semata-mata nak buat kelas online

MUHAMMAD YUSOF

Menurut Muhammad Yusof, setiap guru dibekalkan dengan jadual mengajar secara dalam talian untuk mengajar.

"Kebanyakannya, cikgu-cikgu akan habiskan masa dari pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari untuk kelas online. Itu tak masuk malam sebelumnya mereka ambil masa untuk sediakan bahan nak mengajar esoknya.

"Yang kata cikgu-cikgu makan gaji buta sedar tak yang cikgu-cikgu ni ramai je yang sedekah jariah buat amal beli perkakasan elektrik, komputer baru, telefon canggih, bayar internet mahal-mahal semata-mata nak buat kelas online.

"Tak cukup dengan tu ada cikgu-cikgu yang buat jariah kasi top up kredit kat pelajar sebab nak buat Google Meet. Serius 'meet' tu makan data," tambahnya.



Perkongsian seorang guru di laman sosial.

Malah katanya, terdapat guru yang membelikan nombor lain untuk pelajarnya dalam kalangan keluarga yang terkesan dengan Covid-19.

"Ada cikgu yang fotostatkan modul dan lembaran kerja, siap delivery lagi kat rumah pelajar dia masa PKP ni. Fotostat guna duit sendiri, nak minta kat anak murid malu.

"Ada cikgu yang siap nak belanja air Tealive kat anak murid semata nak tarik anak murid masuk kelas dia. Walaupun ramai je anak murid yang masuk kelas update kehadiran lepas tu senyap, tapi cikgu-cikgu tetap steady buat kelas macam biasa," ujarnya.

Muhammad Yusof berkata, masih ramai lagi guru berbuat sesuatu yang terbaik bagi sedekah jariah dan berjuang supaya anak murid mereka dapat belajar.

"Kepada 400,000 cikgu kat Malaysia, sabarlah ye. Kita reda jelah apa orang nak kata yang penting Tuhan tahu apa yang kita dok buat nak pandaikan anak murid kita.

"Masa kita mengajar, kita mengajar betul-betul. Kita sama-sama perbetulkan persepsi negatif sebahagian masyarakat terhadap golongan cikgu ni dengan pengajaran kita yang tip top," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain