suria

Cuba bantu semua makhluk Allah, Ustaz Ebit pergi zoo hantar makanan untuk haiwan pula... disergah harimau tetap steady!

Ustaz Ebit menyampaikan sumbangan berupa 200kg daging lembu dan 500kg buah serta sayur-sayuran kepada Zoo Negara.

UMUM mengetahui sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu, sektor ekonomi mahupun pelancongan di dalam negara ini begitu terkesan.

Ketika tempoh yang sukar ini, rata-rata rakyat memilih untuk berjimat cermat dan sekadar berbelanja untuk keperluan penting, berbanding menggunakan wang untuk tujuan berlibur atau berjalan-jalan.

Ini sekali gus menyebabkan kebanyakan lokasi pelancongan berada dalam keadaan 'nazak' kerana kekurangan pengunjung sehingga menjejaskan sumber kewangan bagi menampung kos operasi yang menelan perbelanjaan besar saban bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut tengok orang beratur! Ustaz Ebit beli 2 lori tangki air bantu rakyat Selangor, padahal rumah sendiri pun terjejas

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kecoh beli lori tangki air di Selangor, Ebit Lew upgrade misi bantuan buat frontliners di Sabah... siap sewa pesawat! - “Sebak dada, berkaca bola mata ku bila baca post ini”

Antara lokasi yang tidak terkecuali berdepan cabaran getir ini adalah Zoo Negara yang terletak di Kuala LUmpur.

Disebabkan kekurangan dana akibat ketiadaan pengunjung, ia sangat memberi kesan kepada pendapatan pekerja, kerja-kerja penyelenggaraan serta makanan haiwan.

Situasi tersebut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.



Ustaz Ebit melakukan kunjungan ke Zoo Negara untuk menyampaikan sumbangan.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ustaz Ebit turut meluahkan rasa sedih selepas mengetahui situasi getir yang sedang dialami Zoo Negara.

"Sayu rasa hati bila dapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana. Perbelanjaan mereka RM1 juta sebulan hanya untuk makanan dan penyelenggaraan zoo.

"Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi.



Ustaz Ebit sempat meninjau keadaan haiwan yang ditempatkan di Zoo Negara.

"Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan di sini," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Beliau yang turut berkesempatan meninjau haiwan-haiwan di sana, turut memuat naik satu video memaparkan dirinya memberi makan harimau di dalam kandang.

Kelihatan seekor harimau mengaum dan 'menyergah' namun riak wajah tenang Ustaz Ebit membuatkan netizen kagum.

"Harimau tu tegur dengan cara ganas betul... dengan-dengan saya terkejut," tulis Elhaurafathia.

"Kita pula yang alihkan muka, macam mana la Ustaz face to face," komen jashjafri_official.



Ustaz Ebit turut memberikan sumbangan ketika berkunjung ke Zoo Negara pada Ahad.

Tidak bertangguh, pendakwah ini yang turun padang melihat sendiri situasi di Zoo Negara turut menyampaikan sumbangan berupa makanan untuk haiwan-haiwan di sana.

"Petang ini terus bawa 200kg daging lembu dan 500kg buah dan sayuran.

"Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan.

"Rup-rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara," tulisnya lagi.

Posting pendakwah itu sehingga kini meraih 1,700 shares.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain