TERKEJUT pada masa sama rasa kelakar. Begitulah reaksi seorang pemuda yang tiba-tiba menjadi popular tanpa sengaja apabila dirinya 'tercalon' dalam Top 20 Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33), malam Jumaat lalu. Menurut Muhammad Shahrul Wafiy Rosli, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh sahabatnya yang sedang menonton siaran langsung acara tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur silap letak gambar, calon Top 20 Artis Baharu Lelaki Popular Farhan Asri tak kecil hati - “Hanya masalah teknikal, saya okey saja”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Korea fasih cakap Melayu rindu makanan Malaysia, iftar 1 Ramadan suami beli 10 bungkus nasi kerabu! - “Terkejut bunyinya kasar, maksud asal lapar macam nak mati” "Masa tu saya baru nak masuk toilet. Tiba-tiba saya dapat mesej daripada kawan saya beritahu saya tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH. Wafiy pernah berlakon watak tambahan dalam sebuah drama televisyen tahun lalu. "Saya ingat dia tipu. Biasalah kawan-kawan mesti nak gurau-gurau. Jadi saya ingat dia nak prank tapi dia tetap cuba yakinkan saya benda tu betul,” katanya kepada mStar. Bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, pemuda berusia 22 tahun itu lantas menonton siaran langsung acara tersebut di YouTube. "Jadi saya pun tengok sendiri live tu dekat YouTube. Eh memang betul apa yang kawan saya beritahu. Saya terkejut. Yalah tiba-tiba jadi artis tanpa sengaja. "Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba tersenarai. Lagipun saya bukan siapa-siapa. Jadi saya pun screenshot montaj tu dan tanpa berfikir panjang, saya pun post dekat Twitter," katanya. Namun Muhammad Shahrul Wafiy atau lebih mesra disapa Wafiy tidak menduga perkongsiannya mengenai perkara itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Tweet Wafiy mengenai kesilapan teknikal itu mendapat perhatian netizen. "Saya post sebab rasa benda tu macam kelakar dan satu gurauan. Saya ingat main-main tapi betul-betul terjadi. "Saya pun tak expect tweet tu akan blow up. Selalunya tweet saya dapat dua, tiga likes saja tapi kali ni tak henti-henti dapat notification," katanya. Susulan insiden itu, beberapa netizen turut mencadangkan kepada Wafiey untuk mengambil tindakan undang-undang di atas kesilapan tersebut. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba tersenarai. Lagipun saya bukan siapa-siapa. Jadi saya pun screenshot montaj tu dan tanpa berfikir panjang, saya pun post dekat Twitter. MUHAMMAD SHAHRUL WAFIY ROSLI Model "Ramai yang suruh saman tapi bagi saya benda ni satu kesilapan teknikal dan tak perlu dipanjangkan. Jadi tak perlu pun saman. "Saya pun bersyukur sebab kesilapan kecil ni beri rezeki pada saya. Mana tidak, secara tak langsung nama saya tiba-tiba menjadi bualan netizen. "Malah secara tak langsung membuka mata industri hiburan untuk berikan saya peluang cuba berlakon. Siapa sangka rezeki tercalon tanpa sengaja jadi kenyataan?" katanya. Wafiy juga aktif sebagai model iklan. Selepas insiden itu, Wafiy berkata dia turut mendapat perhatian orang sekeliling. "Lepas viral tu adalah beberapa orang tegur saya dekat luar. Saya pun terkejut macam mana mereka boleh kenal saya. Lagipun gambar tu disiar live tak sampai 10 saat. "Tapi saya memang pernah jadi pelakon tambahan bagi drama Hantu Seram Asrama yang ditayangkan di Astro Prima tahun lalu. Pada masa sama saya pun pernah jadi talent untuk iklan," katanya. Perkongsian Wafiy di Twitternya menerima lebih 4,000 ulang kicau dan 12,800 tanda suka dari netizen. Menerusi laporan mStar, gambar wajah Wafiy sebenarnya tertukar dengan pelakon baharu Farhan Asri yang sebenarnya tercalon bagi kategori tersebut. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!