suria

Map bawa ikut jalan kubur, rider kongsi kisah seram trip malam hari... bau aneh masa rehat bawah flyover - “Aku nak bakar rokok je, janganlah kacau”

Menurut pelayar Twitter itu, dia pernah beberapa kali berhadapan gangguan aneh sewaktu bertugas pada waktu malam.

SETIAP pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri.

Bagi mereka yang bekerja sebagai rider, ragam pelanggan dan kesesakan lalu lintas sering menghantui tugasan mereka.

Namun, ada kalanya mereka turut diuji dengan gangguan-gangguan mistik.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider Foodpanda dapat tempahan diselubungi persoalan! Apartment kosong, jalan sunyi, “Siapa yang order kalau begini?”

ARTIKEL BERKAITAN: Berlapar hantar makanan, pemberian pelanggan Cina buat rider GrabFood ini nak menangis, “Terharu dia hargai kerja saya”

Menurut seorang rider dikenali sebagai Rudy, gangguan mistik di sekitar ibu kota sudah tidak asing lagi baginya.

Berkongsi kisah-kisah yang pernah dialaminya di Twitter, ia turut menjadi tular dan meraih perhatian ramai netizen.

"Pengalaman jadi rider delivery yang sampai ke tengah malam sebelum ni. Nampak benda pelik-pelik tak pernah.

Perkongsian Rudy di Twitter turut mendapat perhatian beberapa rider lain. (Gambar Hiasan)

"Tapi bau, dengar, tiba-tiba angin tampar muka, ada. Padahal angin biasa je, sepoi-sepoi bahasa.

"Lepas tu baru-baru ni, bawah flyover. Pukul 10 malam, ada bau mi goreng dari celah hutan tu. Aku berhenti nak bakar rokok masa tu.

"Aku tegur... aku nak bakar rokok je, janganlah kacau. Start motor aku gerak," imbasnya.

Alhamdulillah, belum jadi apa-apa lagi. Tuhan lindung.

RUDY

Pesan Rudy kepada mana-mana rider di luar sana, usahlah gusar seandainya berlaku gangguan mistik sewaktu bekerja pada malam hari.

Malah katanya, apa yang penting setiap individu harus memohon perlindungan daripada Allah.

"Alhamdulillah, belum jadi apa-apa lagi. Tuhan lindung. Korang yang jadi runner tu, tak kisah la brand mana pun, tak payah takut..

"Percaya, tawakal tuhan sebab kita cari rezeki halal. Mintak tuhan lindung. Jangan start esok ada yang gantung beg atau kerja sampai 8 malam je," tulisnya lagi.

Dalam pada itu, ramai netizen di Twitter turut memberikan pelbagai reaksi berhubung pendedahan rider tersebut.

Ada rider turut meninggalkan komen, berkongsi pengalaman seram yang dilalui mereka menerusi posting tular itu.

Malah, ada dalam kalangan rider lain turut berkongsi pengalaman hampir sama, termasuklah berkongsi lokasi-lokasi seram di sekitar ibu negara.

"Pernah dapat order hantar ikut map, bila dengar "you have arrived..." dekat semak samun, tak ada rumah pun kat situ.

"Aku tak pernah kena kacau lagi. Tapi seram juga hantar makanan kat rumah flat atau apartment yang tak ada lampu langsung kat luar ni. Laju je berjalan. Dalam kepala fikir bila nak sampai rumah customer? Lepas tu sesat pula tiba-tiba, alahai sabar je lah.

"Tu lah pernah juga dah malam dalam 11 lebih map bawa ikut jalan kubur. Kiri kanan dah gelap sepanjang jalan. Mula-mula tak perasan, tiba-tiba pandang tengok... tak tahu nak pusing balik ke nak terus je.

"Benda macam nilah yang buat kami respek rider macam kau bro. Terima kasih berkhidmat untuk kami semua," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain