NAMA pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat negara ini. Malah, dia cukup popular dalam lapangan kerja kebajikan dan sering menerima pujian netizen. Namun begitu, tetap ada segelintir individu yang berprasangka buruk dan menyifatkan Ebit mencari publisiti semata-mata kerana sering berkongsi aktiviti amalnya di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Kerja amal jejaka Ampang ini dapat perhatian White House, tapi momen bersama 2 anak yatim di KFC paling terkesan ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi Tidak terkecuali, aktivis berusia 33 tahun, Muhammad Syafiq Mobin yang pernah mendapat perhatian Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo atas kerja amalnya sewaktu Covid-19 mula melanda turut berhadapan perkara sama. Mesra disapa Syafiq, dia sewaktu dihubungi mStar mengakui segala kecaman, tohmahan dan prasangka buruk bagaikan sudah sinonim dalam lapangan kerja itu. Antara tweet mengenai Ebit yang tular. "Masa awal-awal dahulu rasa luntur juga semangat bila kita buat kebaikan pun orang kecam. "Ada orang kata nak seleweng wang derma, persoal kenapa masuk akaun sendiri dan minta bukti ke mana duit itu disalurkan? Tapi lama-kelamaan baru saya faham," ujarnya. Syafiq yang aktif membuat kerja kebajikan pernah mendapat perhatian Setiausaha White House pada Mei lalu. Menurut Syafiq, tidak salah untuk berkongsi amal kebajikan yang dibuat di laman sosial kerana ia menjadi bukti bahawa wang sumbangan digunakan ke arah yang benar. Malah, perkongsian sebegitu turut menjadi amalan dirinya dan menafikan ia dibuat atas alasan mahu menunjuk-nunjuk. "Macam Ustaz Ebit Lew buat, setiap sumbangan dia buat posting, dia sendiri ada dalam gambar... ia satu cara kita tunjuk pada orang bahawa duit yang diamanahkan itu digunakan ke arah kebaikan. "Kita gunakan wang seperti yang kita war-warkan masa minta derma. Memang itu yang saya amalkan juga. Tak salah mereka berprasangka buruk. Tapi sebelum lontarkan tuduhan atau kata-kata, siasatlah dulu. SYAFIQ "Seperti contoh saya minrta derma untuk baik pulih van sekolah, saya tunjuk bukti gambar pergi kedai, resit bayaran dan sebagainya. "Selain bukti, ia juga boleh beri inspirasi kepada orang lain. Tapi walau macam mana pun, mesti ada persepsi negatif. "Dalam 10 orang, akan ada seorang yang negatif," ujarnya yang turut mengasaskan sebuah rumah anak yatim di ibu negara sejak tahun 2010. Syafiq sebelum ini juga pernah mengikuti misi kemanusiaan di Tanzania dan Afrika pada 2018. Namun kata Syafiq, tidak salah juga jika ada yang mempertikai derma yang disalurkan memandangkan ada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas sikap pemurah rakyat Malaysia. "Saya nak salahkan mereka 100 peratus pun tak boleh. Tengok dalam media sosial, banyak berlaku kes penyelewengan. "Tak salah mereka berprasangka buruk. Tapi sebelum lontarkan tuduhan atau kata-kata, siasatlah dulu. Tengok posting dia, ada ke sejarah terlibat aktiviti kebajikan sebelum ini? Ada segelintir individu yang berprasangka buruk dan menyifatkan Ebit mencari publisiti semata-mata kerana sering berkongsi aktiviti amalnya di media sosial. "Tak salah bertanya untuk elakkan penipuan," ujarnya lagi. Untuk rekod, Syafiq mendapat perhatian Setiausaha White House di Washington pada Mei lalu kerana kerja kebajikan termasuklah bantuan untuk mereka yang terhimpit akibat Covid-19. Sebelum ini, dia juga pernah mengikuti misi kemanusiaan di Tanzania dan Afrika Selatan pada 2018. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!