suria

Rare! Pengantin baju hitam, semuanya gara-gara ‘dugaan’ 3 hari sebelum nikah... dah 2020, kenalah ada perubahan – “Isteri kata muka saya iras Lee Dong Wook”

Pasangan ini memilih persalinan hitam untuk hari pernikahan. foto instagram AfikProduction

PASANGAN Raja Sehari pastinya mahu menampilkan kelainan pada hari bahagia mereka.

Namun, penampilan pasangan pengantin ini jarang-jarang sekali dilihat pada hari pernikahan mereka apabila kedua-duanya mengenakan persalinan serba hitam.

"Pertama kali aku dapat pengantin nikah pakai baju hitam, tapi lawa juga," tulis seorang jurugambar menerusi satu ciapan menerusi akaun Twitter @afikproduction.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin kongsi 'keajaiban' baju nikah arwah mak, dulu tak muat tapi sebulan sebelum ijab kabul tiba-tiba boleh pakai - "Dia lelaki sama saya kenalkan dekat ibu"

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang,"Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang"

Pengantin lelaki, Hanif Asyraf berkata, dia bersama pasangannya, Intan Shahirah Baharom, 26, diijabkabulkan pada 4 November lalu di Ipoh, Perak.



Yap (kanan) dan isteri diijabkabulkan pada 4 November 2020. foto instagram AfikProduction

Tidak menyangka foto-foto hari pernikahannya menjadi tular, pemuda berusia 30 tahun itu mengakui tema warna paling popular buat pasangan pengantin bernikah adalah putih.

"Sebenarnya saya dan isteri teringin nak pakai baju hitam untuk nikah sebab kami suka warna tu, tapi orang tua kami tak setuju sebab kata macam berkabunglah, kematianlah.

"Jadi ibu mentua dah siap-siap belikan baju nikah untuk kami berdua sejak Ogos lalu. Kami ikutkan saja permintaan mereka," katanya kepada mStar.



Menjadi suami isteri selepas berkenalan sejak 2018. foto instagram AfikProduction

Lebih mesra disapa Yap, dia bagaimanapun menjelaskan sesuatu berlaku pada saat akhir, kira-kira tiga hari sebelum hari pernikahan.

"Isteri tiba-tiba mengadu beritahu tak berkenan dengan baju nikah dia warna putih. Selepas berbincang, ibu mentua setuju untuk isteri gantikan baju lain pada saat akhir.

"Akhirnya isteri dapat juga baju nikah warna hitam yang dia nak. Tapi nampak pelik pula kalau dia pakai hitam dan saya pakai putih masa nikah, jadi saya kena cari baju Melayu hitam juga untuk sepadan," ujarnya yang berasal dari Ipoh.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia cuba bertanyakan kepada pengusaha butik pengantin yang dikenalinya untuk menyewa baju berkenaan kerana lebih menjimatkan.

"Tapi dia (pengusaha butik) kata tak ada, sebab biasanya memang orang nikah pakai putih. Saya rasa cemas tapi dia cuba tanya rakan-rakan dia sekiranya ada," tambahnya.



Yap tidak menyangka hasrat untuk bernikah dalam persalinan hitam ditunaikan.

Yap kemudian menerima perkhabaran gembira keesokan hari apabila baju Melayu hitam untuk disewa berjaya ditemui, namun ia bukanlah kepunyaan mana-mana butik pengantin.

"Sebaliknya, baju Melayu hitam tu disewakan daripada seorang rakannya. Syukur, alhamdulillah, dua hari sebelum nikah dapat juga baju warna sama sepadan dengan isteri.

Tak semestinya nikah kena pakai putih. Yang penting adalah hati dan perasaan kami yang nak bernikah sebagai suami isteri

HANIF ASYRAF

"Tak ada alter atau ubah pun sebab baju tu memang padan dengan badan saya. Sedang elok, memang kebetulan saiz saya dengan pemilik baju tu sama," katanya.

Walaupun perubahan pada saat akhir, Yap yang merupakan pembantu juruukur bahan itu dan isterinya amat gembira kerana hasrat untuk bernikah dalam persalinan hitam ditunaikan.



Pasangan ini juga meminati filem dan drama Korea Selatan. foto instagram AfikProduction

"Kami dari dulu memang suka warna hitam. Bagi kami, warna hitam ni ringkas, kemas dan menawan. Dah tahun 2020, kenalah ada perubahan.

"Tak semestinya nikah kena pakai putih. Yang penting adalah hati dan perasaan kami yang nak bernikah sebagai suami isteri," katanya yang mengenali isterinya sejak 2018.

Selain warna hitam, Yap berkata, dia dan isterinya juga mempunyai persamaan iaitu gemar menonton filem dan drama bersiri Korea Selatan.

"Isteri juga pernah kata muka saya ada iras pelakon Korea, Lee Dong Wook. Saya tengok tak ada pula sama antara kami, tapi saya layankan saja," ujarnya secara berseloroh.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan