MERIAHNYA suasana bagi sebuah keluarga yang dikurniakan cahaya mata ramai. Begitulah halnya dengan pasangan suami isteri ini yang dikurniakan tujuh cahaya mata. Namun apa yang unik dan menarik, kesemua cahaya mata pasangan ini adalah perempuan termasuk si bongsu yang baharu menginjak usia dua bulan. ARTIKEL BERKAITAN: “Terlalu harap untuk lekat” - Wanita mengaku sedih setiap kali datang haid, benci lihat semua perkongsian tentang kehamilan ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tak merancang, tapi kerap 'lekat'... ibu beranak ramai stres kesuburannya jadi bahan orang sekeliling - “Suruh dia stop, asyik buat anak je” Berkongsi cerita dengan mStar, Nor Shaeriani Awang Hamat berkata dia dan suami, Mohamad Farishal sememangnya mensyukuri anugerah Ilahi dan tidak kisah sama sekali mengenai jantina anak asalkan bayi dilahirkan cukup sifat dan sihat tubuh badan. "Masa mula dapat anak sulung perempuan, saya dan suami memang nak 'cari' anak lelaki. Kemudian dapat anak kedua, ketiga pun perempuan. Kami bersyukur namun tetap pasang impian nak dapatkan cahaya mata lelaki. "Anak keempat dan kelima pula sepasang kembar, dan dua-dua perempuan juga. Begitu juga dengan anak keenam dan yang ketujuh. "Saya dan suami okay sahaja, dan berharap dikurniakan anak lelaki selepas ini, mudah-mudahan sebelum berusia 40 tahun. Ada lagi tiga tahun untuk kami mencuba. Manalah tahu, dapat rezeki kembar lelaki pula," kata wanita berusia 37 tahun ini. Cahaya mata pasangan Nor Shaeriani dan Mohamad Farishal yang berusia di antara dua bulan sehingga 13 tahun. Nor Shaeriani turut berkongsi pengalaman lucu di mana dia juga pernah bertanya dengan orang yang lebih tua mengenai petua bagi mendapatkan cahaya mata lelaki. "Sejujurnya selepas dapat kembar, baru saya rasa nak tanya petua dapat anak lelaki. Ada orang kata, kena curi senduk di rumah keluarga yang ada ramai anak lelaki. Saya tak mahulah curi-curi ni... tapi kalau beritahu tuan rumah, tak menjadi. "Dari segi pemakanan, kami juga ikut petua orang yang sarankan makan banyak daging dan seafood. Saya dan suami dua-dua cuba. Sampai suami 'complaint' kolesterol dia naik. Akhirnya tetap dapat baby perempuan juga," ujarnya sambil ketawa. Kesemua anak pasangan ini berusia dalam lingkungan usia dua bulan hingga 13 tahun. Nor Shaeriani mendidik anak-anak perempuannya dengan kerja-kerja rumah yang ringan sejak mereka kecil. Ketika hamil anak ketujuh, Nor Shaeriani berkata dia mengalami alahan yang sangat teruk sehingga kandungannya berusia empat bulan. "Masa itu belum tahu jantina lagi. Alahan yang dialami ini sama seperti kandungan-kandungan saya sebelum ini, dan naluri saya kuat mengatakan bahawa anak ketujuh ini juga bayi perempuan tapi saya pendam sendiri saja. "Rupa-rupanya suami juga dapat merasakan perkara sama. Hingga bila saya bersalin, kami berdua rahsiakan jantina bayi ini daripada kakak-kakaknya, ahli keluarga mahupun kenalan. Sejujurnya selepas dapat kembar, baru saya rasa nak tanya petua dapat anak lelaki. Ada orang kata, kena curi senduk di rumah keluarga yang ada ramai anak lelaki. NOR SHAERIANI AWANG HAMAT IBU "Kakak-kakak dia sibuk telefon nak tahu, tapi ayahnya suruh tunggu dan tengok sendiri bila bayi pulang. Bila sampai di rumah, mereka singkap pampers dan terkejut dapat tahu dapat adik perempuan lagi. Saya sempat rekod momen lucu tu buat kenangan," ceritanya lagi. Dikelilingi tujuh anak perempuan, Nor Shaeriani mengakui kesemua anak-anaknya mempunyai ragam dan keletah yang berbeza. "Masing-masing perangai berbeza... yang kembar lain perangainya, si kakak macam ini ragamnya, dan si adik pula lain caranya. Kalau bergaduh tu, biasalah perempuan.... gaduh mulut sajalah. "Yang senangnya, mereka ini tak memilih soal makan. Senang saja kalau masak, semua selera ikut mak dia. Bab beli baju juga mudah, hanya beli tiga saiz saja... untuk yang besar, tengah-tengah dan saiz bayi. Bab mainan pun sama. Semua sama harga dan pattern. Menurut Nor Shaeriani, kesemua anak-anaknya mempunyai perangai yang berbeza antara satu sama lain. "Saya juga didik mereka dengan kerja-kerja rumah yang ringan contohnya sidai, angkat dan lipat baju; cuci pinggan mangkuk dan kemas rumah. Mereka juga kena bangun awal walau tak bersekolah. Solat Subuh dan Maghrib pasti kena berjemaah. "Sedikit sebanyak ini yang cuba saya didik sebab kita pun tak tahu selama mana diizinkan hidup. Alhamdulillah, yang kakak-kakak ni sudah boleh diharap," katanya yang bekerja sendiri. Dalam pada itu, Nor Shaeriani berkata dia dan suami sering kali menjadi tumpuan tambahan pula ketika pulang beraya atau menghadiri majlis keraian. Nor Shaeriani dan suami memasang impian untuk menimang cahaya mata lelaki selepas ini. "Biasa laa ada yang tanya 'bila lagi nak ada anak lelaki?' dan sebagainya. Tapi jawapan kami, anak lelaki atau perempuan sama saja, yang penting cara didikan ibu bapaad. Doa anak soleh tetap sampai kepada ibu bapanya, InsyaAllah. "Ini semua rezeki dari Tuhan. Pasti ada hikmahnya Dia nak bagi lelaki atau perempuan. Kita tak tahu. Kalau semua perempuan pun tak apa, nanti tunggu menantu lelaki pula," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!