suria

Kain lap kayangan didakwa mampu hilangkan ekzema? Kecoh apabila si penjual ‘overclaim’ nak tarik pelanggan - “Susah payah doktor rawat, dia pula dapat kredit”

Kecoh di media sosial apabila netizen mengecam agen kain lap yang menjadi trend ketika ini kerana 'overclaim' demi melariskan barangan.

SEJAK kebelakangan, muncul satu jenama kain lap yang begitu menjadi kegilaan ramai.

Sungguhpun harganya agak mahal sehingga ia diberi gelaran 'kain kayangan', namun rata-rata tidak kisah berbelanja lebih kerana fungsi 'ajaibnya' yang mampu menanggalkan kotoran pada perkakas rumah dengan mudah.

Malah ramai pengguna berkongsi testimoni masing-masing di laman sosial, bagi membuktikan keberkesanan fungsi kain tersebut sehingga ramai yang terpengaruh.

ARTIKEL BERKAITAN: Pinggan ayan pula jadi trend... nampak klasik dan vintaj, tapi boleh mudaratkan kesihatan kalau salah pilih!

ARTIKEL BERKAITAN: Selamatkah guna kuali non stick bercalar? Ramai berterima kasih atas penjelasan pakar kimia ini - “Saya dah buang satu...”

Selain kain lap perkakas atau barangan, jenama tersebut turut tampil dengan produk-produk lain seperti tuala badan atau muka.

Namun hangat diperdebatkan di Twitter ketika ini ekoran tindakan segelintir ejen jenama berkenaan yang sampai ke tahap 'overclaim' demi meyakinkan orang ramai.



Tangkap layar perkongsian seorang agen kain lap berkenaan yang didakwa 'oveclaim' kerana dikatakan mampu mengurangkan ekzema.

Menerusi imej tangkap layar posting seorang ejen yang dikongsikan oleh pelayar Twitter, ia mendakwa kain berkenaan amat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif atau ekzema.

Malah agen tersebut turut melampirkan bersama gambar testimoni seorang bayi yang menderita ekzema, yang kononnya pulih selepas menggunakan kain berkenaan.

Perkongsian tersebut hangat diperdebatkan netizen, dengan ada yang menyokong dakwaan berkenaan dan sebahagiannya mengecam tindakan 'overclaim' yang digunakan.



Kain lap berkenaan ternyata diperakui berkesan dalam menghilangkan kotoran serta membersihkan perkakas di dalam rumah.

Isu kain kayangan itu turut mengundang perhatian Public Health Malaysia (PHM).

Menerusi perkongsian di Facebook, laman advokasi kesihatan itu berkata sebarang produk yang mempunyai fungsi merawat kesihatan badan perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk digunakan secara selamat dalam merawat penyakit-penyakit tertentu.

Kain ni memang bagus untuk mengelap habuk dan kotoran segenap ceruk rumah sebab saya sendiri ada beli dan pakai kain ni. Tapi bab boleh hilangkan ekzema tu saya tak berapa setuju!

NETIZEN

"Tidak kiralah ianya dianggap sebagai kain lap kayangan atau kain magik dan mempunyai 'antibiotik' dan sebagainya. Ianya perlu melalui proses-proses yang telah ditetapkan oleh KKM.

"Ini adalah penting agar pengguna dilindungi dan selamat dengan sesuatu produk.

"Jika ianya dijual sebagai pengelap bahan tidak bernyawa, fungsinya apabila dipromosi perlu dikekalkan sebegitu.

"Mohon ejen-ejen tidak overclaim produk ini dengan kesihatan yang boleh mengelirukan orang awam," demikian tulis PHM pada laman berkenaan.



Antara komen-komen netizen terhadap perkongsian mengenai kain lap berkenaan.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 1,600 perkongsian selain dibanjiri dengan reaksi pelbagai daripada netizen.

"Susah payah doktor rawat di hospital, tak pasal-pasal kain dia pulak dapat kredit," komen seorang pelayar.

"Kain ni memang bagus untuk mengelap habuk dan kotoran segenap ceruk rumah sebab saya sendiri ada beli dan pakai kain ni. Tapi bab boleh hilangkan ekzema tu saya tak berapa setuju!" komen seorang pelayar lain pula.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain