AJAL maut, jodoh pertemuan... segalanya ketentuan tuhan. Begitulah kisah mengenai seorang gadis yang berhadapan kematian tunangnya sekitar sebulan yang lalu. Lebih pilu, Nor Assyikin Norizam, 24, sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Mohd Khairul Adzhar, 26 pada 2 Januari tahun depan. ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berlalu, hampir 2 minggu sekali bawa ziarah pusara... ibu tabah anak anggap bapa masih hidup ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 tahun meninggal, suami setiap hari ziarah pusara isterinya Kisah menyayat hati itu menjadi perhatian ramai selepas dia berkongsi kenangan bersama tunangnya menerusi satu video di aplikasi TikTok sehingga ia menjadi tular. Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Kikin mengakui reda dengan pemergian itu biarpun ia berlaku dalam cara yang tidak diduga. "Arwah memang dah lama sakit jantung. Dia pernah kemalangan 10 tahun lepas dan terpaksa dipakaikan injap besi pada jantung. Paparan skrin video yang dikongsi Kikin. "Pada Januari lalu arwah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru. "Pada bulan lepas, arwah dimasukkan ke hospital sekali lagi akibat pendarahan pada paru-paru sebelum meninggal dunia pada hari Jumaat, 9 Oktober 2020," ujarnya. Menceritakan detik penuh emosi itu, Allahyarham ada menghubungi Kikin pada malam sebelum dia meninggal dunia minta membawanya ke Hospital Banting, Selangor. Kata Kikin, dia dan adik Allahyarham membawanya ke hospital sebelum menerima panggilan mengejutkan pada pagi keesokan harinya. Setiap minggu saya pergi rumah dia, tak nak putus hubungan dengan keluarga arwah. KIKIN "Saya yang hantar dia ke hospital, dia minta tolong. Saya WhatsApp adik dia dan kami hantar sama-sama. "Malam tu last jumpa sebab arwah perlu ditidurkan dan dipakaikan oksigen. Saya tengok semangat dia kuat sangat walaupun saya tahu hakikatnya dia lemah malam tu. "Saya balik ke rumah dan dapat panggilan selepas solat Subuh. Saya pegang telefon arwah. Baru je pegang terus dapat call dari hospital. Tunang Kikin meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru. "Masa tu saya nak drive tapi mak tak bagi. Abang yang bawa kami ke hospital. Mula-mula memang tak boleh terima, tapi saya banyakkan mengaji dan dengar ceramah. "Saya kongsi kenangan kami di TikTok sebab nak luah rasa rindu. Nak simpan kenangan dengan dia. Tak sangka viral dan ramai doakan arwah. "Komen-komen anda semua jadi kekuatan saya. Sangat terharu," ujarnya yang bertunang dengan Allahyarham pada Ogos 2019 selepas berkenalan sekitar lima tahun lalu. Mereka sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Februari depan. Ujar Kikin, dia terharu kerana Allahyarham bekerja sebagai pemandu lori kontena untuk mengumpul wang kahwin mereka. Malah, dia sehingga kini masih lagi berkunjung ke rumah keluarga Allahyarham dan enggan hubungan mereka putus begitu sahaja. Dalam pada itu dedah Kikin, dia dan Allahyarham juga sudah membuat banyak persiapan untuk majlis kahwin. "Setiap minggu saya pergi rumah dia, tak nak putus hubungan dengan keluarga arwah. "Saya paling terharu arwah sanggup kerja sebagai pemandu lori walaupun keadaan kesihatan tak mengizinkan. "Kami dah buat banyak persiapan, tempah katering, pelamin, doorgift pun dah beli semua. Kad undangan pun dah ada, cuma belum cetak je," ujarnya mengakhiri bicara. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)