PENULARAN Covid-19 yang bermula di sebuah pasar basah dekat Wuhan, China dan mengancam dunia hari ini seterusnya memberi impak buruk kepada perniagaan tidak dijangka ramai usahawan. Rata-rata usahawan kini berdepan cabaran besar untuk memastikan perniagaan mereka terus beroperasi. Begitu juga dengan pemilik sebuah restoran di Subang Jaya yang terpaksa menanggung kerugian besar akibat pandemik yang masih belum ada penawarnya ini.ARTIKEL BERKAITAN: Luluh baca mesej sedih ibu, baru 2 bulan bisnes dah merudum... tak ada pelanggan langsung sepanjang hari - “Saya yang beri idea, tengok-tengok tak dapat sambutan pula”ARTIKEL BERKAITAN: “Nak dapat seorang pelanggan pun susah” - Jarak pemisah buat anak resah, simpati gerai air tebu bapa sepi... dah la cuaca buruk, PKPB pula! Perkara itu dikongsi Aleena Hashim anak kepada pemilik restoran Hana Ikan Bakar di Twitternya sehingga mendapat perhatian netizen. Menurut Aleena, dia terpaksa menggunakan kuasa Twitter bagi membantu perniagaan kedua orang tuanya memandangkan dirinya turut hilang pekerjaan pada Mei lalu. Aleena berkongsi kesedihan mengenai kerugian yang ditanggung ibunya menerusi satu bebenang di Twitter. "Ada satu hari tu mama mesej beritahu situasi perniagaan dia. Memang sedih kerana mereka terpaksa tanggung kerugian besar impak Covid-19. "Saya nak tolong dari segi wang ringgit pun tak mampu sebab saya sendiri pun jobless sejak Mei lalu. Kontrak saya bersama sebuah syarikat penerbangan tidak disambung. "Jadi saya luahkan kesedihan saya di Twitter dan berharap orang yang ternampak tweet tu boleh bantu sebarkan mengenai restoran mama," katanya kepada mStar. Jelas anak sulung daripada dua beradik itu, ibunya, Suzana Ibrahim mengalami kerugian sebanyak RM10,000 pada bulan lalu. "Mama beritahu dia rugi RM10,000 bulan lepas. Jadi salah satu cara untuk survive dia terpaksa kurangkan waktu bekerja pekerja restoran. Mama kena bayar ikut jam berbanding ikut hari seperti dilakukan sebelum ini. "Waktu peak hour restoran mama dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang, selepas tu hanya seorang dua yang datang dalam sejam. Jika tak buat sesuatu mama akan alami masalah kewangan yang serius," kata bekas pramugari itu. Mesej ibu yang dikongsi Aleena di Twitter mengundang simpati netizen. Aleena berkata restoran ibunya yang baru saja beroperasi di USJ 21 Subang Jaya pada awal Oktober lalu menawarkan hidangan nasi campur dan ikan bakar dengan menu istimewa claypot kari kepala ikan dan kari kambing. "Sebenarnya dulu mama pernah buka restoran di Subang Perdana. Perniagaan berjalan lancar selama tiga tahun sebelum pasar malam dibuka di hadapan restoran kami. "Ramai membantah keputusan tersebut kerana menjejaskan bisnes mereka. Namun bantahan kami tidak diendahkan dan mama buat keputusan untuk jual restoran di sana. Saya nak tolong dari segi wang ringgit pun tak mampu sebab saya sendiri pun jobless sejak Mei lalu. Kontrak saya bersama sebuah syarikat penerbangan tidak disambung. ALEENA HALIM Bekas pramugari "Lepas tu mama cuba nasib berniaga di Seksyen 11 Shah Alam. Semuanya OK selama empat tahun sebelum mama diserang strok. Jadi ayah pantau bisnes dan pada masa sama jaga mama," katanya yang mempunyai seorang cahaya mata berusia empat bulan. Dek kerana kesihatan ibunya yang tidak menentu, Aleena berkata bukan mudah bagi bapanya menguruskan restoran tersebut seorang diri. "Selepas kesihatan mak beransur pulih dia kembali ke restoran tetapi bisnes masa tu tak berapa OK. Kebanyakan pekerja sudah meninggalkan restoran kami. Antara menu yang ditawarkan restoran ibu Aleena. "Tidak lama kemudian restoran terpaksa ditutup selama tiga bulan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu. Masa tu memang tiada punca pendapatan langsung. "Lepas restoran dibenarkan beroperasi, jualan agak merosot. Pelanggan yang datang hanyalah mereka yang kerja berdekatan. Jadi mama terpaksa jual restoran tu dan buka restoran baharu di USJ 21," katanya. Baru saja memulakan operasi di USJ 21 Subang Jaya awal bulan lalu, Aleena berkata restoran kedua ibu bapanya itu turut terjejas teruk. "Malangnya ketika mama baru je nak cuba nasib di tempat baru, PKP dilaksanakan semula di Selangor. Restoran tidak ramai pelanggan kerana ramai bekerja dari rumah. "Tapi bila dah guna sistem Foodpanda OK sikit, dapatlah sales dalam RM400 ke RM500 sehari. Mama masih risau sebab sales tu pun tak tentu, ikut nasib. "Saya cubalah bantu dengan promote di Twitter. Tak sangka ramai yang retweet. Saya harap dengan cara ini dapat bantu bisnes mama kembali pulih," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!