suria

Singgah rumah ke rumah, penjual kuih luahkan sesuatu selepas seorang pelanggan akhirnya sudi beli set promosi - “Niat asal saya nak beli satu je”

Seorang pelanggan merasai kuih yang dibeli daripada penjual yang datang berniaga di hadapan rumah. foto twitter AimanPsikologi/ gambar hiasan foto rumahkediamanku.blogspot

BUKAN posmen atau penghantar barang, jauh sekali penghantar makanan kerana tiada tempahan atau pesanan dibuat untuk sebuah rumah yang dikunjungi 'tetamu tidak diundang'.

Malah, penghuni rumah itu turut dikejutkan dengan bunyi hon motosikal ditunggang seorang lelaki yang sekadar berpakaian biasa.

"Saya ada jual kuih, bang," kata seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali di luar rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider basah kuyup masuk surau, 'pinjam' kain pelikat terselit RM50 - "Susah-susah dia, rupanya dia jenis lurus"

ARTIKEL BERKAITAN: Rider tergamam berdepan ‘kebaikan manusia’, lebih touching kejutan dibuat pelanggan Cina... satu keluarga dapat makan free!

Menerusi satu perkongsian, tuan rumah berkenaan mengambil sikap prihatin kerana menyedari waktu sukar yang dihadapi sesetengah pihak akibat pandemik Covid-19.



Perkongsian Aiman Amri di Twitter.

"Sebab faham sekarang musim ekonomi merudum, saya pun tanya apa yang dijual. Dia excited, terus turun motor.

"Ada popiah, karipap kentang, pulut bakar. Niat asal saya nak beli satu je... sebab saya memang peminat otak-otak," tulis aktivis kesihatan mental terkenal, Aiman Amri menerusi akaun Twitter @AimanPsikologi.

"Kalau abang beli tiga, dapat murah lagi," ujar Aiman mengimbas kembali kata-kata pemuda tersebut yang datang ke rumahnya, petang Ahad.

Aiman yang juga pakar psikologi memandang tepat ke arah lelaki itu, dari raut wajahnya kelihatan seperti seseorang yang bergelar abang, anak, suami malah mungkin juga bapa.



Popiah sejuk beku antara yang dijual peniaga tersebut. -gambar hiasan/foto shopee

Dalam hati kecilnya terdetik satu keinginan untuk berkongsi rezeki dengan membeli sesuatu daripada penunggang motosikal itu.

"Karipap saya tak minat. Bagi dua pulut otak-otak, satu pulut bakar. Sekejap ya bang. Saya ambil duit," kata Aiman.

Maklum balas yang ditunjukkan Aiman jelas menunjukkan wajah pemuda itu bertukar ceria serta-merta.

"Nampaklah muka gembira dia sebab saya beli set dia promosikan tadi," ujarnya.



Peniaga berkenaan membuat promosi untuk menarik perhatian Aiman.

Sebaik membuat pembayaran, peniaga bermotosikal itu meluahkan sesuatu selepas mengucapkan terima kasih atas pembelian Aiman.

Malah, dia turut berkongsi pengalamannya mencari rezeki di kawasan sekitar sebelum tiba di rumah Aiman.

Musim pandemik ini memang ramai yang memerlukan. Kalau kita ada rezeki lebih, bagus juga kita sokong mereka ini, terutama yang memang cara yang halal

AIMAN AMRI

"Abang... terima kasih sangat-sangat. Dari tadi saya hon rumah-rumah sini, banyak yang tak buka pintu pun. Jual pun tak ramai berminat.

"Tapi saya tak salahkan mereka, mungkin sebab tak minat kuih. Cuma seronoklah tengok abang beli banyak," katanya.

Luahan pemuda itu benar-benar mengundang sebak dalam diri Aiman.



Sardin roll sejuk beku turut dijual peniaga terbabit. -foto Facebook Durranirozen

Dia bagaimanapun mengakui ramai yang memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup, terutama mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

"Musim pandemik ini memang ramai yang memerlukan. Kalau kita ada rezeki lebih, bagus juga kita sokong mereka ini, terutama yang memang cara yang halal.

"Saya dan isteri, sekarang kami banyak usahakan untuk berjual beli dengan peniaga-peniaga kecil. Tambah pula kami juga struggling, maka lebih more of the reason untuk lebih banyak berkongsi rezeki dan bersedekah pada yang perlu.

"Sekurang-kurangnya, ini salah satu usaha kami untuk #supportlocal (sokong lokal)," tulisnya menerusi siri bebenang di Twitter yang diulang kicau lebih 9,000 kali.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain