MENGENAKAN pakaian sedondon mungkin menjadi 'tradisi' atau kebiasaan bagi sesebuah keluarga. Selain nampak seragam dan senada, berpakaian sedondon juga secara tidak langsung mempamerkan keakraban hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Begitulah juga halnya dengan wanita muda ini yang gemar mengenakan pakaian sedondon bersama dua puteri kecilnya. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Diarah’ oleh isteri pakai baju tidur sedondon, suami tarik nafas panjang sebelum keluar bilik... pelik benar coraknya - “Masuk saja rumah, dia seronok sangat” ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak ini sama-sama jelita... tapi si ibu lebih ‘laju’ dapat info dirinya jadi perhatian - “Mak saya tahu bukan dari saya” Perkongsian wanita bernama Ellysa Syahirah di laman Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia yang memaparkan beberapa keping gambarnya bersama anak-anak, nyata menarik perhatian netizen. Dalam tempoh beberapa jam selepas dimuat naik, perkongsian tersebut meraih ribuan komen dan lebih 12,000 tanda suka. Antara koleksi OOTD Ellysa bersama dua puterinya. Berkongsi cerita dengan mStar, ibu kepada dua puteri ini berkata perkongsian di laman Facebook tersebut dibuat secara suka-suka untuk mencari mereka yang juga gemar mengenakan pakaian sedondon, selain bertukar-tukar pandangan. "Waktu pagi saya post, beberapa jam kemudian dah jadi viral. Terlalu ramai yang komen malah saya juga tak sangka ada beberapa portal dan blog berkongsi mengenainya. "Jujurnya, itu pertama kali saya buat perkongsian di laman Facebook berkenaan dan tak sangka posting pertama terus viral," katanya. Menurut Ellysa, dia hanya membuat tempahan pakaian sedondon sekali sekala ketika hari raya ataupun majlis keraian. Bercerita mengenai kegemarannya mengenakan pakaian sedondon bersama dua puterinya, Seroja Darwisha, 5, dan Anggun Dahleeya, 3, wanita ini berkata kebanyakan pakaian mereka berkonsepkan 'mix and match' atau suai padan. Malah ujarnya, tempahan pakaian sedondon hanya dibuat sekali sekala terutamanya ketika majlis keraian tertentu seperti sambutan hari jadi dan sebagainya. Bagi saya, tak perlu kena kaya pun... baju di pasar malam pun boleh beli sedondon. Yang penting kreatif. ELLYSA SYAHIRAH IBU "Saya merupakan peniaga dalam talian, jadi memang kebanyakan masa selalu meninjau laman-laman seperti Shopee, Lazada dan sebagainya... jadi banyak yang beli secara online saja. "Ada juga beli daripada butik pakaian namun harganya mampu milik. Kami juga seperti kebanyakan orang, pendapatan kami sederhana saja. Tempah sekali sekala jika ada sambutan tertentu," kata wanita berusia 30 tahun ini. Tema sedondon juga digayakan bersama keluarga ketika sambutan majlis hari jadi dan percutian keluarga. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Ellysa yang juga peniaga kanta lekap secara online berkata dia banyak menerima komen positif daripada kaum ibu yang turut berkongsi pengalaman dan minat yang sama. "Ada juga yang mesej tanya kebanyakan baju beli di mana, ada juga yang menghulurkan salam perkenalan. Namun ada pula yang komen seolah-olah bila berduit, baru boleh sedondon. Antara komen netizen terhadap perkongsian Ellysa. "Bagi saya, tak perlu kena kaya pun... baju di pasar malam pun boleh beli sedondon. Yang penting kreatif. Ada juga komen seolah-olah paksa anak... mungkin ada sesetengah budak meragam, tapi anak-anak saya suka bergaya dan suka posing. "Suami saya juga sokong hobi saya mengenakan pakaian sedondon... dia pun ikut tema, kadang senada warna saja. Cuma dia tak suka bergambar, sebaliknya dialah jurufoto kami. "Lagi satu, sedondon ni mudahkan saya untuk packing baju keluarga kalau ke mana-mana. Ia juga mengeratkan hubungan kekeluargaan dan saya serta anak-anak nampak seperti rakan baik atau BFF," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!