BUKAN biasa-biasa! Begitulah kejutan yang diterima seorang suami apabila mendapat hadiah dalam bentuk jambangan bunga duit yang begitu besar. Gubahan menggunakan sejumlah wang kertas RM100 itu dibentuk menyamai ketinggian suami bertuah yang berbadan sado itu. Menerusi beberapa foto yang tular di media sosial, timbul tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai jumlah wang yang menghiasi jambangan bunga itu. ARTIKEL BERKAITAN: "Saya ingatkan bunga duit tu sikit-sikit je" - Tangguh sambut birthday, diam-diam suami buat kejutan RM29,000 sampai isteri tak larat angkat jambangan! ARTIKEL BERKAITAN: Ibu menangis, anak kerja di warung, belajar setakat SPM hantar kejutan bunga duit selepas gigih menabung 2 tahun - "Ini yang saya mampu bagi mak" Bercakap kepada mStar, isteri berkenaan berkata, kejutan itu dibuat di Kuala Terengganu, Terengganu sempena hari ulang tahun suaminya yang ke-37 pada 4 Disember lalu. Gubahan wang kertas bernilai puluhan ribu ringgit untuk suami. Hanya mahu dikenali sebagai Attyra Saari, wanita berusia 29 tahun itu membuat persiapan sebulan lebih awal bagi memastikan rancangannya berjaya dengan kerjasama rakan-rakan. "Jumlah bunga duit itu 'puluhan ribu ringgit', tetapi cukuplah sekadar saya katakan bahawa nilainya mempunyai simbolik secara peribadi buat suami. "Banyak mana pun, nilainya tak cukup untuk membalas besarnya pengorbanan dan kasih sayang suami terhadap saya dan anak-anak," katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Attyra, anak kelahiran Kuala Terengganu itu berkata, ia bukanlah kejutan bunga duit pertama yang dibuat untuk suaminya, Zuraidin Shahrulrizal Zainuddin. Attyra (kiri) bersama suami (kanan) dan anak-anak. Ibu kepada tiga anak itu mendedahkan, kali pertama diberikan sempena hari jadi suaminya pada Disember 2019 dengan gubahan wang kertas berjumlah RM15,000. Mengimbas kembali lima tahun lalu, jelas Attyra, banyak pengorbanan yang dilakukan oleh suaminya sehingga tidak mampu membalasnya dengan wang ringgit. "Saya ni ada anxiety disorder yang boleh membuatkan saya depresi. Jadi, saya memerlukan suami di sisi untuk memberi semangat dan sokongan. "Tapi ketika itu suami bekerja di laut (offshore) dengan syarikat minyak dan gas menyebabkan dia hanya pulang ke rumah sekali setiap bulan, manakala saya suri rumah. "Kerana sayangkan saya, suami mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meluangkan lebih banyak masa bersama saya," katanya. Suami Attyra mula aktif bersenam di gim sejak 2018. Menurut usahawan itu, suaminya mengalami kesulitan pada tahun pertama selepas berhenti kerja dengan bisnes yang diceburi tidak menentu selain bekerja dengan orang lain. "Suami memang struggle semata-mata nak berada di samping saya. Banyak duit simpanan digunakan untuk buat kami terus bertahan sebab bisnes tak berapa menjadi. Betapa susahnya saya dan suami dahulu untuk berjaya seperti sekarang, jadi saya berkongsi rezeki dengan mereka yang lain di atas kejayaan saya ATTYRA SAARI “Pada 2016, dengan modal RM100 guna duit raya anak, saya mulakan bisnes tudung. Alhamdulillah, bisnes kecil-kecilan itu menguntungkan," katanya yang kini mengusahakan perniagaan minuman kesihatan. Menggelarkan suaminya sebagai sado kerana aktif bersenam di gim sejak 2018, Attyra berkata, di sebalik badan sasa itu, suaminya sebenarnya seorang yang penyayang. Menurut Attyra, suami tidak lupa tanggungjawab sebagai suami dan bapa. "Suami ni jenis hormat pada isteri dan anak-anak. Memang tegas tapi dia tak garang. Urusan anak-anak banyak dia uruskan bila saya sibuk dengan kerja. "Walaupun suami kini ahli perniagaan dan kaki gym, tapi dia tak lupa tanggungjawab terhadap keluarga. Malah, dia sanggup bangun awal pagi untuk jaga anak kami yang baru lahir dan beri susu selain selalu juga masakkan untuk kami sekeluarga," katanya yang melahirkan anak ketiga pada September lalu. Dalam pada itu, Attyra berkata, niatnya untuk berkongsi rezeki bukan sahaja bersama suami, malah insan-insan di sekelilingnya iaitu ahli keluarga dan teman-teman rapat. "Saya suka bahagiakan orang dan tengok mereka gembira. Saya rasa betapa susahnya saya dan suami dahulu untuk berjaya seperti sekarang, jadi saya berkongsi rezeki dengan mereka yang lain di atas kejayaan saya," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!