DALAM menghadapi era pandemik serba sukar ini, kita seharusnya bijak mencari peluang demi meneruskan kelangsungan hidup. Jika diamati sepanjang tahun 2020, ramai yang kehilangan kerja serta sumber pendapatan gara-gara Covid-19 yang melanda. Malah, impaknya juga tidak mengenal latar belakang bangsa, kerjaya mahupun usia. ARTIKEL BERKAITAN: “Nak dapat seorang pelanggan pun susah” - Jarak pemisah buat anak resah, simpati gerai air tebu bapa sepi... dah la cuaca buruk, PKPB pula! ARTIKEL BERKAITAN: Belajar engineering tapi akhirnya kerja jual burger demi ibu dan kakak autisme - “Susah nak lepak dengan kawan” Di Saujana Impian, Kajang, Selangor, seorang lelaki berusia 59 tahun turut berjinak-jinak dengan perniagaan nanas madu sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan semula di beberapa negeri, baru-baru ini. Menurut Sallehuddin Shuib, dia mencuba peluang baharu itu setelah 13 tahun berkecimpung dalam perniagaan berkaitan suplemen kesihatan. "Umur dah dekat 60, tak tahu nak buat apa. Jadi saya cari pembekal nanas dan cuba terokai peluang perniagaan ini. Sallehuddin berniaga menggunakan keretanya sahaja. "Ia bermula dengan jual dalam boot kereta sahaja. Saya buka boot, letak kerusi. Kemudian buka meja sebelum seterusnya jual di gerai pula. "Dah dua bulan lebih saya berniaga nanas. Sebelum ini dah 13 tahun jual suplemen, sebagai perunding kesihatan," ujarnya kepada mStar. Menurut Sallehuddin, perniagaan gerai nenas itu diusahakan bersama rakannya yang dikenali sebagai Carl, 48 tahun yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu. Tak perlu susah hati, Allah akan tabur rezeki. Cuma kita kena berusaha. Sallehuddin Ujarnya, Carl merupakan rakan jemaah di Surau Ar Raudhah, Saujana Impian dan persahabatan itu kini bercambah menjadi rakan perniagaan pula. Biarpun tidak mempunyai pengalaman, Sallehuddin menyifatkan rakannya itu sebagai seorang individu yang cukup jujur dan amanah. Sementara itu, Sallehuddin yang juga bapa kepada lapan cahaya mata itu berkata, konsep perniagaan nanas juga sama sahaja seperti apa yang diusahakannya sebelum ini. Dua sahabat ini merupakan rakan jemaah di sebuah surau di Kajang. Namun katanya, setiap peniaga harus berusaha dan tiada kejayaan datang dengan mudah khususnya dalam zaman seperti ini. "Konsep berniaga yang sebelum ini dengan yang sekarang sama sahaja. Cuma kena sabar dan tabah. "Mula-mula berniaga nanas pun sambutannya agak perlahan. Hanya orang berniaga yang akan faham. "Tak ada benda datang bergolek. Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Jadi kena selalu konsisten dan semak misi kita," ujarnya lagi. Nenas madu yang dijual dua sahabat itu. Dalam pada itu, Sallehuddin mengakui dia juga peka dengan apa yang dilalui ramai individu di luar sana sejak Covid-19 melanda. Namun katanya, dia percaya setiap individu perlu mencari kekuatan diri dan harus percaya kepada konsep rezeki. "Kena bangun dan lihat peluang yang ada. Tak boleh duduk bersedih semata-mata. Kena ada inovasi. "Tak perlu susah hati, Allah akan tabur rezeki. Cuma kita kena berusaha," ujarnya lagi. Tambahnya lagi, dia turut berterima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan terhadap perniagaan berkenaan dan berharap mereka berpuas hati dengan hasil yang dibeli. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!