AJAL datang menjemput tanpa mengira usia. Tiada siapa yang tahu dan mampu meramal bilakah waktu nyawa mereka akan dicabut. Bagaimanapun, ada sesetengah orang yang seolah-olah mampu merasakan bahawa nyawa mereka tidak panjang, dan sudah menunjukkan ‘petanda’ kepada individu terdekat tidak berapa lama sebelum mereka ‘pergi’ selama-lamanya. ARTIKEL BERKAITAN: Mulut rasa masin, takut tidur seorang petanda ajal! Gadis sedih seorang demi seorang adik beradiknya terlalu cepat tinggalkan keluarga - “Dia asyik tenung saya” ARTIKEL BERKAITAN: Sempat bersih diri, beritahu ahli keluarga ‘nak mati dah ni’... kakak terkilan adik rebah sebelum makan maggi atas meja - “Dapat tengok macam nyawanya ditarik” Sebagaimana perkongsian di laman Facebook Mr Wan Cai Official, kisah seorang gadis yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Rabu minggu lalu, benar-benar meruntun hati netizen. “Perkongsian tentang pengurusan jenazah dan kisah sebelum digilis oleh sebuah lori. “Ketika itu Allahyarhamah Wan Nur Ihka Arnisaha Wan Husin, 19 tahun, dalam perjalanan untuk mengambil abang sulungnya setelah habis bekerja di sebuah gerai makan yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Jenazah gadis berusia 19 tahun ini sedang diuruskan sebelum dibawa pulang untuk urusan pengkebumian. “Si abang bekerja di kilang roti Massimo tidak jauh dari tempat kejadian. Kemalangan berlaku ketika arwah yang sedang menunggang motosikal berhenti di lampu isyarat Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Pulau Indah. “Sebuah lori yang datang dari arah belakang telah melanggar arwah bersama motosikal yang dinaikinya. Arwah meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala, ” kongsi pengendali laman Facebook berkaitan pengurusan jenazah itu. Ketika pasukannya menguruskan jenazah Allahyarhamah, abangnya membuka cerita bahawa arwah adiknya itu sudah memberi ‘petanda’ seminggu sebelum kemalangan. Jenazah sedang dibawa ke tanah perkuburan yang terletak hanya di hadapan rumah keluarganya. “Adiknya itu lebih banyak mendiamkan diri. Malah arwah sempat berpesan kepada majikan gerai makan tempatnya bekerja supaya menyerahkan telefon miliknya kepada adik bongsunya sekiranya beliau sudah tiada lagi. “Kata si abang lagi sepatutnya arwah menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada 16 Disember ini. Tetapi ramai rakan-rakan baik arwah telah memberi hadiah untuknya lebih awal. Arwah sempat berpesan kepada majikan gerai makan tempatnya bekerja supaya menyerahkan telefon miliknya kepada adik bongsunya sekiranya beliau sudah tiada lagi. MR WAN CAI PENGASA UKVJ “Jika kita renung semula, arwah seakan-akan sudah tahu mengenai hari kematiannya sendiri tetapi ahli keluarga dan rakan-rakan hanya boleh perasan setelah arwah pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya, ” tulis pengendali laman itu lagi. Menurutnya lagi, ketika jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Pelabuhan Klang, dia sendiri berkesempatan untuk turut serta mengiringi perjalanan terakhir arwah sehingga ke liang lahad. “Sewaktu dibawa pulang ke rumah untuk disolatkan, kami tidak membenarkan wajah jenazah dibuka untuk dilihat oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya. Mr Wan Cai sendiri turut turun ke dalam liang lahad ketika urusan pengkebumian Allahyarhamah. “Ini kerana kesan kecederaan di wajahnya agak kritikal. Selesai disolatkan keranda yang membawa jenazah terus dipikul sehingga ke tanah perkuburan yang hanya terletak berhadapan dengan rumah keluarganya. “Selepas ini arwah dan keluarganya akan terpisah oleh dua dunia. Dunia alam kubur dan dunia sementara untuk manusia. Salam takziah untuk keluarga arwah, ”tulisnya lagi. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 501 shares dan ribuan komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!