JIKA sebelum ini hangat dengan isu body shaming, sehinggakan muncul juga gigi shaming yang turut memberi kesan terhadap mereka hingga menjadi mangsa ejekan serta kutukan. Situasi itu dialami usahawan muda yang dikenali sebagai Zafirkaripap apabila giginya di bahagian depan sering mendapat perhatian dan pandangan sinis ramai. Enggan masalah itu berpanjangan, pemuda berusia sekitar awal 20-an ini membuat kata putus untuk menjalani rawatan gigi setelah sekian lama berdepan dengan komen-komen negatif. ARTIKEL BERKAITAN: “Wah dah ada gigi” - Sengih sepanjang masa... ramai ‘join senyum’ tengok reaksi comel atuk selepas ambil gigi palsu di hospital ARTIKEL BERKAITAN: Terlanjur kata berbaur 'body shaming', Usop mohon maaf secara langsung pada Sherry Alhadad - “Saya harap semua orang tak terasa” Ketika dihubungi mStar, Zafir yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu berkata dia telah membuat rawatan gigi di Klinik Pergigian Aifden, di Kota Damansara, Petaling Jaya Selangor pada Khamis lalu selepas dicadangkan kenalannya. Setakat ini, dua kali temu janji telah dipenuhinya bersama Dr Arif Aizudin untuk menjalani rawatan akar dan crown giginya yang bermasalah itu. "Kebanyakan reviu klinik ini nampak menyakinkan, sebab itu saya pilih. "Pada temu janji pertama saya buat rawatan akar dan seterusnya buat crown dan kecilkan gigi bagi membuka sedikit ruang pada gigi sebelum ke sana dua minggu lagi untuk appoitment ketiga yang semuanya dianggarkan kira-kira RM5,000," katanya kepada mStar. Zafir menjalani rawatan gigi di Klinik Pergigian Aifden, Kota Damansara Petaling Jaya, Selangor. Bercerita pengalaman dirinya, Zafir berkata, sudah setahun lebih dia berdepan dengan isu gigi shaming ini sehingga berasa netizen semakin menjadi-jadi kebelakangan ini kerana ramai yang mengutuk dan mempermainkan giginya. "Saya tak pernah terfikir nak buat gigi sebelum ini, memang baru-baru ini sahaja buat keputusan dan terus pergi jumpa doktor. "Walaupun dalam live saya tak tunjuk bila baca komen-komen tu, tetapi saya ni manusia biasa tentulah terasa hati juga. Rasa down pun ada juga kadang tu," ujarnya. Saya tak kisah sangat komen-komen yang dilontarkan kepada saya, cuma saya rasa kurang keyakinan diri sebab itu saya mengambil keputusan untuk buat gigi. ZAFIRKARIPAP USAHAWAN MUDA Tambah Zafir lagi, keputusan untuk mengubah penampilan dengan menjalani rawatan gigi dibuat bukan kerana krtikan ramai terhadapnya, tetapi mahu meningkatkan keyakinan dirinya. "Saya tak kisah sangat komen-komen yang dilontarkan kepada saya, cuma saya rasa kurang keyakinan diri sebab itu saya mengambil keputusan untuk buat gigi. "Selepas dua kali temu janji dengan doktor gigi, saya tak sabar nak pasang gigi baharu yang ditempah dari makmal Korea tu. Mungkin lepas ini saya lebih yakin untuk bercakap dan buat live," katanya yang ketika ini memakai crown sementara. "Saya pelik masa tak buat saya diejek, dikutuk dan sebagainya. Bila dah buat ada pula cakap kenapa saya pergi buat gigi dan sebagainya. Zafir nampak kemas dan tampan ketika photoshoot produk makanan yang dijualnya. "Yang sedihnya ada juga yang cakap 'ala lepas ni dah tak boleh gigi shaming lagi. "Bagi saya, mereka tak faham apa yang saya rasa. Kecil bagi mereka besar bagi saya," jelasnya. Kini Zafir nampak lebih tampan dan semakin bersemangat menguruskan perniagaannya iaitu bisnes 'Popkon Gila'. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!