KEBIASAANNYA ketika majlis kenduri kendara, pasti akan ada lebihan lauk pauk dalam kuantiti yang agak banyak. Justeru untuk mengelakkan pembaziran, tuan rumah akan memberikannya kepada saudara mara, jiran tetangga, pusat kebajikan ataupun asrama tahfiz sebagai sedekah. Walaupun niat tuan rumah untuk mengelakkan pembaziran boleh diberikan pujian, namun seeloknya pihak berkenaan perlu mempertimbangkan kualiti makanan yang hendak disedekahkan. ARTIKEL BERKAITAN: Majlis 3 hari 2 malam, melaram dengan 24 pasang baju glamor... Kak Ida tak boleh lupa kenduri kahwinnya yang ‘grand’ walau kini ada 6 cucu! ARTIKEL BERKAITAN: “Membazir duit je beli benda ni” - Bapa tegur anak beli PSVR, tapi apa yang terjadi selepas 2 hari buat ramai terhibur Menerusi satu coretan di Facebook, seorang mudir tahfiz tampil berkongsi pengalaman di pusat tahfiznya yang sudah beberapa kali 'terkena' gara-gara lauk yang disedekahkan berada dalam keadaan yang tidak elok. "Bukanlah menyombong atau pun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu membazir. "Tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudah pun separuh basi. Hantar pukul 6 petang, pukul 7 sudah basi dan berbuih. Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau masam dan busuk dari lauk-lauk basi ini. Menurut mudir tersebut, pelajar tahfiz terpaksa membuang lauk lebihan yang sudah basi tidak lama selepas disedekahkan kepada mereka. "Malah pagi-pagi buta lagi pelajar-pelajar tahfiz terpaksa menyelesaikan pula masalah 'tuan rumah kenduri' semalam iaitu, buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini,"?"tulisnya pada satu perkongsian di Facebook. Menurut mudir ini, boleh dikatakan hampir setiap minggu pusat tahfiznya menerima lebihan lauk, dan setiap kali itulah mereka terpaksa ‘menanggung’ beban untuk menyelesaikan pemberian tuan rumah. Bukan tidak pernah menyuarakan mengenai perkara tersebut, namun menurut mudir ini, dia kemudian dianggap sebagai ‘sombong’ kerana enggan menerima pemberian sedekah. Hantar pukul 6 petang, pukul 7 sudah basi dan berbuih. Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau masam dan busuk dari lauk-lauk basi ini. MUDIR TAHFIZ "Sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul-betul ingin berkongsi makanan dengan kami, hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dan menyelerakan. "Kalau sibuk, kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup, tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak. "Alhamdulillah anak-anak tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang-kadang ada juga orang yang upah katering dua, tiga malam berturut-turut untuk jamu anak-anak syurga ni. "Alhamdulillah ahli-ahli Quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri", katanya. Antara komen netizen yang turut senada dengan pandangan mudir berkenaan. Namun tambah mudir ini, dia tetap menghargai setiap pemberian kepada pusat tahfiznya, menandakan masyarakat sentiasa prihatin dan mengambil berat kepada mereka. "Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. "Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan-tuan dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!