suria

Pelanggan tak sangka dapat banyak pengajaran selepas kejadian ‘diusir’ cara baik oleh tauke kedai makan, tak kisah tolak rezeki makan free!

Seorang pelayar Facebook berkongsi pengalamannya yang sarat dengan iktibar ketika bersarapan di sebuah gerai makan milik warga emas baru-baru ini. Foto: FB Raja Shamri

KADANG-kadang tanpa disedari, situasi yang kita lalui dalam aktiviti seharian sebenarnya mempunyai hikmah tersembunyi.

Sebagaimana coretan seorang pelayar yang disiarkan di laman Facebook Raja Shamri, dia berkongsi cerita mengenai pengalaman dilaluinya ketika menikmati sarapan pagi baru-baru ini yang penuh dengan iktibar.

Ketika sedang enak menikmati sarapan, secara tiba-tiba dia disapa pemilik kedai makan yang merupakan seorang lelaki warga emas.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa lain macam... Pemuda terkenang mak ayah patah balik bantu warga emas terkandas, satu tayar pecah tapi kesemua 4 dah uzur - “Tak tanya banyak takut menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Guru tak menyesal beli phone untuk warga emas tak boleh bercakap, hantar ke pusat jagaan walau tak suka - “Tepat keputusan aku”

"'Maaf ganggu, nak. Anak dah sudah siap makan? Pakcik nak ke klinik sekejap... nak ambil isteri sakit.

"Lihat fizikal pakcik ni dah tua, barangkali dengan buka kedai makan kecil-kecilan begini untuk menampung perbelanjaan harian keluarga.

"Teringat pada pesan Abang Raja (Shamri) yang selalu kita praktikkan dalam kehidupan seharian, saling bantu-membantu antara kita semua. Terus kita pelawa pada pakcik, biar kita yang jagakan untuk pakcik.



Pelayar berkenaan menawarkan diri untuk membantu menjaga gerai makan yang disinggahinya sementara pemiliknya pergi ke klinik.

"Kalau pakcik tutup nanti, mana tahu ada orang yang nak datang ke kedai pakcik ingin beli nasi dan sebagainya? Sekarang ni musim-musim pandemik Covid-19, sumber pendapatan tak sama lagi dengan dulu,"demikian kongsi pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualannya bersama pemilik gerai makan tersebut.

Namun menurut pelayar ini, lelaki warga emas itu enggan menyusahkan dirinya dan menolak pelawaan berkenaan.

Namun selepas meyakinkan pakcik itu termasuk 'mencagarkan' kunci motosikal miliknya sebagai bukti bahawa dia tidak menipu, pelawaan itu akhirnya bersambut.

Sewaktu kita ingin membayar, pakcik mengatakan kita tak perlu bayar makanan kita tadi tu sebagai tanda terima kasih.

PELAYAR FACEBOOK

"Pakcik itu akhirnya akur dan setuju. Banyak kali ucapan terima kasih diberikan olehnya kepada kita. Pakcik pergi dengan bergegas tanpa mengambil kunci motor kita. Barangkali sudah memberi kepercayaan penuh pada kita...Alhamdulillah.

"Tak sampai lima minit kemudian, pakcik tadi sampai dengan isterinya. Kelihatan isteri pakcik lemah. Sewaktu kita ingin membayar, pakcik mengatakan kita tak perlu bayar makanan kita tadi tu sebagai tanda terima kasih.



Netizen memuji tindakan pelayar berkenaan yang menawarkan bantuan ikhlas kepada pemilik gerai makan berkenaan.

"Tergamam sebentar kita. Walaupun bagi kita ia adalah rezeki namun berat dan jiwa memberitahu perlu dibayar juga kerana musim pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan kebanyakan orang.

"Kita menolak dengan baik dan meletakkan duit di poketnya. Tak mengapa pakcik, bakinya simpan buat anak-anak pakcik. Terima kasih Ya Allah atas iktibar hari ini. Terima kasih juga kepada pakcik kedai beri kita peluang dapat pahala tolong jagakan kedai pakcik," tulis pelayar itu lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain