SEBUT sahaja mengenai rider penghantar makanan, banyak sebenarnya kisah mengenai golongan itu yang sering tular di media sosial. Kali ini, satu rakaman video memaparkan sikap seorang rider membantu remaja yang mengalami kerosakan motosikal turut dikongsi kepada mStar. Sewaktu dihubungi, Haziq Irham Ahmad Nadzari, 18, mendedahkan lelaki yang dibantu dalam video itu adalah sahabatnya, Del Aslam Halim, sewaktu mereka dan seorang lagi rakan, Megat Ahmad Thaqif Azman baru pulang dari kedai Mamak di Shah Alam, Selangor pada Khamis malam. ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tersentuh hati tengok rider bawa anak ketika bertugas hantar makanan... siap nak sedekah ekzos, helmet ARTIKEL BERKAITAN: Dalam perjalanan hantar order, rider nak menitis air mata baca notifikasi di telefon... terus berhenti tepi - “Sepanjang jalan rasa sejuk je...” "Kami bertiga baru lepas lepak di kedai Mamak. Tiba-tiba motor salah seorang kawan saya rosak dan tak boleh nak hidupkan enjin. "Jadi saya bantu dia, towing sekejap sampai separuh jalan, kaki saya sakit. Mujur ada abang rider lalu dan hulurkan bantuan. Tiga sekawan ini baru sahaja selesai lepak di kedai mamak sebelum motosikal milik salah seorang daripada mereka rosak. "Masa dia towing motor kawan, saya rakam dari belakang," imbas pelajar yang mesra disapa Haziq itu. Menurut Haziq yang juga penuntut bidang Pentadbiran Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia sekadar membuat rakaman kerana terharu dengan bantuan yang dihulurkan. Hargai pengorbanan semua rider. Kita pun tahu, bukan senang nak hantar makanan. HAZIQ Malah katanya, rider itu juga menolak pemberian wang RM20 selepas dia membantu rakannya sehingga sampai ke rumah. "Dia towing sampai ke rumah kawan saya. Kemudian dia terus berlalu pergi. Saya kejar dengan motor dan bunyikan hon supaya dia berhenti. "Apabila berhenti, saya hulurkan RM20, tapi dia tak mahu. Tak sempat nak borak panjang," ujarnya lagi. Kata Haziq, dia cukup tersentuh dengan pertolongan yang dihulurkan dan mendoakan agar segala urusan rider itu dipermudahkan. Haziq berkata, dia terharu dengan bantuan yang dihulurkan rider itu pada malam kejadian berkenaan. Tambahnya, dia berharap agar rakyat Malaysia terus menghargai golongan rider yang banyak membantu dalam urusan seharian kita pada zaman ini. "Hargai pengorbanan semua rider. Kita pun tahu, bukan senang nak hantar makanan. Nak cari alamat lagi, nak layan kerenah pelanggan. "Kami rasa terharu. Ada juga orang macam ni. Semoga abang rider tu diluaskan rezeki. Kalau tak kahwin lagi, moga cepat kahwin," kata Haziq lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)