suria

Mulanya masak pun tak menjadi tapi dah rezeki di sebalik PKP... kini eksekutif bank tak menang tangan dapat tempahan kek batik - “Orang suka, kita pun lega”

Nik mula membuat kek sewaktu awal PKP pada Mac lalu.

BERMULA sekadar mengisi masa terluang di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini dia tak menang tangan melayan permintaan pelanggan.

Begitulah kisahnya mengenai Nik Mohd Shariff Nik Abdul Rahman, 28, yang kini laris menjalankan perniagaan kek batik.

Bercerita kepada mStar, pegawai eksekutif di sebuah bank itu mengakui tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang masakan, apatah lagi pembuatan kek mahupun pastri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih kek, tinggalkan pesakit! Lelaki ini kagum dengan diri sendiri selepas lebih 6 tahun belajar di Rusia, tidak lagi bergelar doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki tak salah alamat! Pembuat kek jelita dah tak risau dengan PKPB, pergi balai polis pun dah ‘meriah’ order - “Saya nak tanya betul-betul”

"Masa bulan Mac tu saya baru balik dari Turki. Jadi saya kena kuarantin. Saya cuti dalam sebulan lebih juga.

"Pada waktu itu saya mula memasak. Ada juga cuba buat kek. Banyak yang tak menjadi sebenarnya.

"Selepas itu saya mula bawa ke pejabat. Tapi nak promosi pada kawan-kawan pun rasa malu. Dapat feedback memuaskan, kawan-kawan minta jual. Jadi bermula dari situ saya buat kek secara sambilan," ujarnya yang mesra disapa Nik.

Nik bersyukur dengan penerimaan pelanggan yang berpuas hati dengan kek hasil air tangannya.

Menurut anak kelahiran Kelantan yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur itu, dia bersyukur dengan penerimaan pelanggan yang berpuas hati dengan kek hasil air tangannya.

Malah, dia kini tak menang tangan menerima tempahan sehingga terpaksa menolak beberapa permintaan pelanggan kerana faktor masa.

"Alhamdulillah. Macam minggu ni, ada yang saya terpaksa tolak sebab tempahan dah penuh.

Pada saya ia tak mengenal jantina. Kalau minat, teruskan je.

NIK

"Ada pelanggan sama yang repeat oder sampai lima ke enam kali dalam sebulan. Sambutan yang overwhelming. Saya teruja nak buat kek.

"Yang penting orang suka. Penat pun berbaloi. Orang suka, kita pun lega," ujarnya yang biasa membuat kek pada waktu malam selepas seharian bekerja.

Menurut Nik lagi, ilmu berkaitan penghasilan kek hanya dipelajari melalui YouTube sahaja.

Malah, dia juga menolak tanggapan sekiranya ada yang menganggap kerja itu hanya bersesuaian untuk golongan hawa sahaja.

Antara kek batik yang dihasilkan jejaka itu.

"Saya tak pernah buat kek. Belajar masa mula-mula PKP je. Tercetus kerana PKP.

"Ada pelanggan yang tak sangka saya buat kek. Mereka tanya, betul ke saya yang buat?

"Pada saya ia tak mengenal jantina. Kalau minat, teruskan je. Saya pun tak sangka serius nak jual kek.

"Masa awal-awal PKP, duduk rumah tengok movie. Rasa buang masa. Dari situ saya mula belajar buat kek," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Nik turut berkongsi hasil air tangannya itu menerusi laman Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain