suria

Emak sendiri bukan menantu pilihan, gadis kampung berkulit hitam risau nasib diri... tak sangka dapat mentua dari syurga! - “Bilik kami secantik bilik pengantin”

Ketika di awal perkahwinan, wanita ini bimbang dengan penerimaan keluarga mentua namun sangkaannya meleset sama sekali apabila dia diterima baik sebagai ahli keluarga baharu. Gamabr hiasan

ORANG kata, perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua jiwa semata-mata tetapi melibatkan seluruh ahli keluarga kedua-dua pasangan.

Bagi golongan wanita yang berumah tangga, mempunyai keluarga mentua yang 'ngam' dan boleh menerima diri menantu seadanya adalah perkara yang sangat diimpikan.

Mana tidaknya, masyarakat sering kali dimomokkan dengan kisah hubungan dingin di antara menantu dengan ibu mentua, sekaligus menimbulkan perasaan takut buat wanita yang bakal mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiap minggu kacau kami” - Menantu makan hati, ibu mentua asyik ajak beli barang di pasar raya... nak balik kampung pun tak bagi

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 6 tahun tinggal bersama, wanita anggap ibu mentua bagai BFF... sebak imbas saat umrah bersama di Makkah - “Jalan pun kami pegang tangan”

Namun sebenarnya, tidak semua mentua bersikap kejam terhadap menantu mereka.

Sebagaimana coretan seorang pelayar yang dikongsikan di halaman IIUM Confession, dia menceritakan betapa beruntungnya dirinya dianugerahkan keluarga mentua yang digelarnya 'mentua dari syurga'.

"Pada awal perkahwinan, saya sangat bimbang, kerana saya hanyalah anak kampung. Saya kurang rupa dan berkulit hitam, sedangkan mertua saya putih melepak, ipar duai pun cantik belaka.

"Lagi pula saya seakan fobia apabila sering mendengar cerita dari emak saya, yang mana emak adalah menantu yang dibenci.

"Suami anak tunggal lelaki dalam keluarganya... dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan adab dan sopan santun, mereka bercakap dengan lembut dan tidak pandai sindir menyindir dalam berbicara.

"Bapa mentua pesara kerajaan, manakala ibu mentua suri rumah sepenuh masa. Anak-anak mereka semua berjaya dalam pelajaran dan mempunyai pekerjaan yang baik," tulisnya.



Wanita ini bersyukur kerana keluarga mentuanya terlalu baik sehingga menggelarkannya mentau dari syurga. Gambar hiasan

Namun menurut wanita ini, segala perasaan negatif dan tanggapannya terhadap keluarga mentua meleset sama sekali, selepas dia menjadi ahli keluarga berkenaan sebagai menantu.

"Ibu mentua saya adalah ibu mentua yang terbaik di dunia.

Dia tidak pernah merendahkan saya yang serba kekurangan ini. Saya tak pandai masak, dia ajar dengan sabar.

"Bila saya rasa sakit-sakit masa mengandung, diurutnya saya dengan penuh kasih sayang. Apa sahaja yang saya inginkan, abah dan mak mentua akan usahakan sampai dapat.

"Setiap kali kami ingin balik ke rumah mentua, bilik kami disiapkan secantik bilik pengantin, bersih, wangi dan kemas.

Bila saya rasa sakit-sakit masa mengandung, diurutnya saya dengan penuh kasih sayang. Apa sahaja yang saya inginkan, abah dan mak mentua akan usahakan sampai dapat.

MENANTU

"Saya ceritakan pada emak saya, bahawa bukan semua mentua itu jahat. Dan emak kata, ini adalah kerana Allah menjawab doa-doanya yang sangat berharap agar anak perempuannya tidak mengalami nasib sedih bermentua sepertinya," cerita wanita ini lagi.

Tambah wanita ini, jika kebanyakan wanita lain lebih seronok pulang berhari raya di kampung sendiri, namun berbeza pula dengannya yang teruja jika dapat pulang ke rumah mentua.

Malah, sikapnya itu turut membuatkan rakan sekerjanya hairan.

"Bagi saya sama sahaja, di mana pun saya seronok.

"Setiap kali kami nak balik semula ke kediaman kami, maka penuh saratlah kereta dengan pelbagai bekalan untuk kami bawa balik.

"Anak-anak saya juga adalah cucu yang disayangi. Sama sahaja dengan cucu mereka yang lain. Tak ada bezanya," katanya.



Kini, kedua-dua ibu bapa dan ibu bapa mentuanya sudah meninggal dunia dan wanita ini hanya mampu mengirim doa buat mereka. Gambar hiasan.

Terlalu banyak kebaikan mentua untuk disenaraikan, wanita ini berkata tiada apa yang mampu dilakukannya bagi membalas jasa mereka melainkan hanya kiriman doa apatah lagi kedua-duanya telah tiada.

"Kedua-duanya pergi di hari Jumaat yang mulia. Ibu dan bapa kandung saya juga telah tiada. Sekarang saya hanya mampu mendoakan dan mengirim pahala dari bacaan Al-Quran yang dibaca setiap hari untuk semua kesayangan yang telah tiada.

"Dan saya hanya mampu mengenang segala kebaikan dan kasih sayang yang telah mereka berikan kepada saya selama 18 tahun yang saya sempat menjadi menantu mereka.

"Al-fatihah untuk kedua ibu bapa ku dan kedua ibu bapa mentuaku," tulisnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain