suria

Muda lagi, badan fit... tapi perut perokok ‘busuk macam bangkai’, dari OT sampai kaunter baunya! – “Tak dapat bayangkan bila dia bangun nanti”

Keadaan pesakit yang dirawat di hospital. -gambar hiasan/Foto AP

WALAUPUN umum mengetahui bahawa rokok itu membahayakan kesihatan, tapi masih ada yang berdegil untuk menjadi perokok tegar.

Selagi belum jatuh sakit mahupun terlantar di hospital, mereka tidak menyedari bahaya yang bakal dihadapi.

Namun, kisah yang dikongsikan oleh seorang petugas kesihatan ini barang kali membuka mata mereka sama ada mahu terus leka dengan bahaya asap rokok.

ARTIKEL BERKAITAN: Usia 28 tahun, tiada masalah kesihatan tapi dikejarkan ke zon merah... yang pasti 14 batang rokok sehari! - “Seolah-olah faham, anak yang diriba tiba-tiba menangis”

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz ajar al-Quran sememangnya tahu rokok haram, tapi masalahnya susah nak berhenti... semuanya gara-gara geng merokok berjemaah - "Bukan kawan tu yang jaga di hospital"

Menurut perkongsian petugas kesihatan berkenaan, seorang lelaki berusia 40an datang membuat pemeriksaan kesihatan selepas mengadu sakit perut.



Pesakit merupakan perokok tegar. -gambar hiasan/ foto NORAFIFI EHSAN/The Star

"Pakcik ni datang dengan sakit perut. Perut terik sangat. Tak payah tekan, sentuh sikit saja dah menggelupur. Dia kata, sebelum ni rasa tak selesa je.

"Dah sebulan rasa tak selesa. Hari ni yang sakit sangat. Jadi, daripada ED (jabatan kecemasan) terus tolak masuk OT (dewan pembedahan)," tulisnya menerusi posting di laman Facebook bernama Kauthar Hassan, yang dikongsi lebih 9,000 kali.

Pada mulanya, kes tersebut dianggap sebagai 'apendiks pecah' tapi dikejutkan dengan perkhabaran lain sebaik sahaja perut pesakit dibedah.

"Mula-mula ingatkan perforated appendix (apendiks pecah), bila bukak je perut, astaghfirullahalazim... bau dia, macam bangkai.

"Air najis sampai mengalir ke katil," katanya.



Usus besar pesakit selepas menjalani pembedahan. -foto Facebook Kauthar Hassan

Keadaan itu menarik perhatian seorang petugas kesihatan yang berada di luar dewan pembedahan.

"Eh, bau apa yang busuk sangat ni? Sampai kaunter depan bau," kata petugas berkenaan.

Usus yang panjang 10 meter tu rosak, hitam. Dua pertiga daripada usus kena buang. Potong sampai dekat dubur

KAUTHAR HASSAN

Kauthar berkata, rupa-rupanya usus pesakit tersebut pecah atau gangrene (tisu mati pada anggota badan).

"Usus yang panjang 10 meter tu rosak, hitam. Dua pertiga daripada usus kena buang. Potong sampai dekat dubur. Jahit untuk tutup lubang je.

"Semua dah tak boleh pakai. Terpaksa buat beg stoma. (lubang di perut untuk membuang air besar," katanya sambil menambah bahawa keadaan untuk membuang air besar itu adalah kekal seumur hidup.



Perkongsian Kauthar Hassan di Facebook.

Namun, apa yang menghairankan adalah pesakit masih muda dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

"Orangnya muda lagi. Tak ada apa-apa penyakit. Badan fit molek. Satu je masalah dia. Active smoker (perokok tegar), sehari sekotak.

"Jadi, kita syak, masalah ni berpunca daripada trombosis (masalah yang disebabkan oleh saluran darah tersumbat). Orang yang kuat merokok ni, darah dia akan jadi pekat.

"Darah yang pekat boleh menyebabkan salur darah tersumbat. Kawasan yang tersumbat tu akan rosak, jadi macam daging busuk.

"Aku tak dapat bayangkan macam mana penerimaan bila dia bangun nanti," katanya mengenai keadaan pesakit yang sedar selepas selesai menjalani pembedahan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain