KISAH seorang pelajar yang membuat nota kreatif menggunakan telefon bimbit ternyata mencuri perhatian ramai. Malah, laporan mengenai Danish Haiqal Shajehan, 17, menerusi portal mStar pada Rabu lalu turut menjadi tular sekali lagi di Twitter sehingga mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. "Tak minta laptop pun, iPad second pun jadilah eh," tulis remaja itu di Twitter dengan menyertakan paparan skrin berita mStar mengenai dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara kertas catatan basah akibat hujan, calon SPM create nota guna iPhone 7... berbaloi walau sekali hadap 2 jam! - “Jimat masa tak perlu buka buku tebal” ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Font dalam MS Word ke ni? Jangan ternganga tengok 4 jenis tulisan tangan gadis ini - “Macam tak nak berhenti menulis” Tindakan penuntut Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi, Kuala Lumpur itu ternyata membuahkan hasil apabila dia dihubungi Syed Saddiq menerusi platform media sosial berkenaan sebelum dihadiahkan sebuah iPad Pro dan Apple Pencil pada Sabtu. "Syukur, semuanya berlaku tiba-tiba. Tak sangka, sebab viral sekejap je di Twitter. Saya anggap pemberian itu sebagai satu pembuka tahun 2021. "Saya sebenarnya dah lama buat bisnes jual baju di Instagram, nak kumpul duit beli iPad... tapi tak cukup lagi simpanan. "Tahu-tahu je Allah bagi rezeki macam ni," ujarnya yang mesra disapa Danish. Danish menerima gajet berkenaan pada Sabtu. Menurut calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, dia bertemu Syed Saddiq di pusat beli belah Mid Valley pada Sabtu petang. Sebelum dibawa membeli gajet yang dimahukannya, Syed Saddiq turut membawanya menjamu selera. Saya tak minta banyak, cuma teruskan buat nota power untuk pelajar susah. SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN "Kami pergi makan dulu, banyak juga bersembang pasal RMC. Saya rasa agak gemuruh masa nak jumpa beliau. "Kepada netizen, terima kasih sangat-sangat sebab sokong saya di Twitter. Saya baru je sertai Twitter pada Februari tahun lepas," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berkongsi foto pertemuannya dengan Danish menerusi media sosial. "Done! Saya belikan Ipad Pro & Apple Pencil 2nd Gen. Teruskan berkreativiti. Berkhidmat untuk memimpin, itulah cogan kata RMC. Antara nota yang dihasilkannya menggunakan telefon iPhone 7. "Saya tak minta banyak, cuma teruskan buat nota power untuk pelajar susah," tulis Syed Saddiq. Dalam laporan mStar sebelum ini, Danish bercerita mengenai usaha gigihnya menghasilkan nota kreatif menggunakan iPhone 7. Malah, nota-nota itu turut dikongsi dengan rakan-rakan lain, sekali gus memudahkan usaha mereka untuk menelaah pelajaran. Kisah Danish pada mulanya tular selepas abangnya sendiri berkongsi foto nota-nota tersebut menerusi Twitter. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!