suria

Masuk aplikasi cari jodoh, gadis terpaut hati lelaki bukan Melayu... gembira hubungan dapat restu - “Dulu gagap baca doa, sekarang makin lancar”

Rani dan Mike mula berkenalan pada tahun 2019.

SEORANG gadis Melayu tampil berkongsi video menunjukkan teman lelakinya yang berbangsa Cina sedang membaca doa makan.

Menurut pemilik video, Siti Sarah Hairani Ahmad Fauzi, 23, ia dirakam sewaktu dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mike, 25, itu sedang menjamu selera di sebuah kedai di Skudai, Johor pada Selasa lalu.

"Saya ada ajar Mike beberapa bacaan doa. Tapi dia pun banyak belajar sendiri. Waktu malam lepas balik kerja, dia buka YouTube untuk belajar cara baca doa sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak percaya agama, peminat Black Metal ini akhirnya peluk Islam, akui apa yang ditemui ketika kaji al-Quran amat mengejutkan!

ARTIKEL BERKAITAN: Bermimpi mengaji sendirian di tempat lapang, jejaka baru peluk Islam akui sukar gambarkan perasaan tatkala pertama kali solat - “Hanya saya di situ”

"Masa mula-mula kenal tahun lepas, saya ada cerita sikit mengenai Islam. Dia pun berminat nak tahu lebih banyak.

"Selain doa makan dan doa tidur, dia sekarang tengah belajar cara membaca surah Al-Fatihah," ujarnya yang mesra disapa Rani.

Menurut pembantu akaun dari Perlis itu, dia juga ada bertemu keluarga Mike dan mereka merancang mendirikan rumah tangga pada Disember depan.

Rani dan Mike merancang berkahwin pada penghujung tahun 2021.

Katanya lagi, dia gembira apabila kedua-dua belah keluarga memberikan restu dan menerima perbezaan bangsa dan agama itu seadanya.

"Kami ada perancangan ke arah untuk berkahwin, InsyaAllah pada bulan Disember tahun ni. Saya pun pernah jumpa mak dia.

"Saya minta izin mak dia dulu masa mula-mula kenal. Keluarga saya juga bagi sokongan. Mike pun ada suarakan hasrat untuk peluk Islam.

Bagi saya kalau nak bercinta tak semestinya sama bangsa je.

RANI

"Saya pula dari kecil dah terbiasa dengan kawan-kawan bangsa Cina. Saya belajar di sekolah Cina selama enam tahun dan boleh berbahasa Mandarin," ujarnya lagi.

Kata Rani lagi, dia sekadar berkongsi video itu bagi menunjukkan kesungguhan Mike mendalami Islam.

Tambahnya, dia percaya akan ketentuan jodoh dan beranggapan cinta tak pernah mengenal usia, bangsa, mahupun rupa.

Rani bersama keluarga Mike.

"Saya suka-suka nak kongsi video dia. Dulu dia baca doa tergagap-gagap, sekarang makin lancar. Seronok tengok ada orang agama lain bersungguh-sungguh belajar agama kita.

"Bagi saya kalau nak bercinta tak semestinya sama bangsa je. Cinta tak kenal sesiapa," ujarnya.

Menurut Rani, dia dan Mike berkenalan menerusi aplikasi cari jodoh pada pertengahan tahun lepas.

Rani dan Mike berkenalan menerusi satu aplikasi cari jodoh pada tahun lepas.

"Dia dari Kulim. Kami sama-sama bekerja di Johor. Kami berkenalan dalam satu aplikasi.

"Masa tu dia tengah broken, saya banyak bagi nasihat. Dari situ ia bermula," imbasnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain