suria

Pecah tawa anak-beranak... bapa sporting tiba-tiba jadi supir, siap pakai kot tapi berseluar pendek! - “Dia pernah bakar tuala kegemaran saya”

Syasya tidak menyangka video lucu bapanya berlakon sebagai supir meraih perhatian netizen.

PELBAGAI cara dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan.

Bagi sesetengah keluarga, mereka akan mengadakan 'Family Day' setiap tahun, percutian tahunan, makan-makan dan pelbagai aktiviti lain.

Namun sebenarnya, hubungan kekeluargaan juga boleh dieratkan dengan bergurau senda sesama adik beradik dan ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Stres asyik kena ambil parcel anak beranak, bapa membebel jadi ‘mangsa’ – “Ayah order barang juga tapi belum sampai”

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun suami tak makan pujuk, tiba-tiba jadi sporting habis! Ibu 2 anak terkejut dapat restu tunggang superbike - “Saya keluar ride, dia jaga anak”

Baru-baru ini, tular di media sosial satu klip video memaparkan gelagat seorang bapa yang berpura-pura berlakon sebagai 'supir' sekaligus mengundang gelak tawa isteri dan anak-anaknya.

Apa yang lebih melucukan, padanan baju kot dengan seluar pendek yang dipakai, ditambah pula dengan riak wajah yang ala-ala serius, memecahkan lagi tawa anak beranak tersebut.



Syasya (dua, kanan) merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

Sehingga kini jumlah tontonan video berkenaan di aplikasi TikTok mencecah 950,000 views selain ia turut dikongsikan di beberapa akaun Instagram lain.

Malah, ia turut mengundang komen netizen yang bukan sahaja terhibur dengan gelagat anak beranak itu, malah menyifatkan betapa anak-anak serta isteri kepada lelaki tersebut bertuah kerana mempunyai bapa dan suami yang kelakar dan sporting.

Ketika berkongsi cerita lucu itu dengan mStar, Intan Ezra Syahirah Roslan berkata insiden tersebut berlaku baru-baru ini ketika dia sedang membantu ibunya bersolek untuk menghadiri satu majlis.

"Saya baharu selesai bantu ibu bersolek untuk hadiri satu majlis makan malam. Sedang saya ambil video wajah ibu, tiba-tiba ayah saya masuk dengan mengenakan kot dan spontan berkata 'Supirnya pun sudah siap'. Ayah memang akan hantar ibu pergi majlis tu.



Keluarga ini sering bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti bersama untuk mengerakan hubungan kekeluargaan.

"Tak sangka dia masuk bilik sebab sebelum tu dia sedang menonton televisyen dekat luar sambil menunggu ibu. Berdekah-dekah kami gelak dengar dialog 'supir' dia.

"Kebetulan adik saya masuk, dan sekali lagi kami rekod video ayah, kononnya sedang interview dialah. Siap bagi jawapan muka penuh yakin. Adik kemudian cantum kedua-dua video dan muat naik dekat TikTok. Tak sangka viral dan dapat komen positif, ramai yang terhibur," katanya.

Bagaimanapun dedah anak sulung kepada empat adik beradik ini, di sebalik perwatakan lucu bapanya, Roslan Mohd Yunus, lelaki tersebut sebenarnya seorang yang sangat tegas dan agak garang terutama ketika dia dan adik beradiknya masih kecil.

Dia lucu dan kelakar, tapi ada perkara yang tertentu, dia tegas. Perangai tersebut menurun dekat adik lelaki... memang punctual.

INTAN EZRA SYAHIRAH ROSLAN

ANAK

"Saya masih ingat lagi ketika berusia enam tahun, ayah ambil tuala kegemaran saya dan bakar. Puncanya, sebab saya selalu tak sangkut elok-elok selepas mandi. Ayah bakar separuh, kemudian padamkan api... dia ambil tuala tu dan suruh saya pakai. Jangan ganti dengan tuala lain.

"Memang selepas itu serik la... tak campak dah tuala merata-rata. Lagi satu, ayah sangat berdisiplin kalau bab masa sebab dia sangat punctual. Pernah sekali, adik kena tinggal sebab tak siap mengikut masa yang ditetapkan.

"Kami semua memang dah 'masak' dengan sikapnya. Dia lucu dan kelakar, tapi ada perkara yang tertentu, dia tegas. Perangai tersebut menurun dekat adik lelaki... memang punctual," cerita wanita berusia 27 tahun ini.

Tambah wanita yang senang disapa dengan nama Syasya ini, didikan tegas tersebut secara tidak langsung membentuk dirinya dan adik beradik lebih berdisiplin dari segi tingkah laku dan dan waktu.



Syasya berkata bapanya merupakan seorang yang lucu dan sporting namun tegas.

"Apa yang ayah didik ni bukan dekat rumah saja, tapi secara tak langsung ia diterapkan ketika kami di luar," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Syasya berkata dia sangat menghargai dan terharu dengan komen-komen netizen yang menyifatkannya bertuah dikurniakan seorang bapa yang sangat sporting dan akrab dengan anak-anak.

"Saya sedih juga bila baca komen yang kata bapa mereka tak rapat dengan anak-anak, tak sporting.... saya harap kalau mereka tak dapat sekarang, mudah-mudahan nanti mereka pula yang bina sebuah keluarga yang sporting bila berumah tangga nanti," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain