PERNAH menjalani hidup serba kekurangan, kini rezeki yang ada turut dikongsi bersama golongan miskin. Begitulah kisah hidup seorang ahli perniagaan wanita yang memberi bantuan kepada lebih 15 keluarga di Batu Pahat, Johor. Menurut Noor Shamira Erliza, 27, dia berasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan memandangkan dirinya juga pernah melalui 'episod' sama suatu masa lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Sebak dalam pelukan, peniaga jagung rabun kronik akui bahagia dapat jumpa Ustaz Ebit ARTIKEL BERKAITAN: Tiada tangan, tiada kaki... peniaga OKU menangis terima gerai ‘mahal, cantik sangat’ sumbangan Ebit Lew "Sebenarnya saya memang lahir senang, ada pembantu rumah dan pemandu. Memang tak rasa susah, semua benda ada. Apabila saya kahwin, saya dah tak rasa semua tu. "Suami juga bukanlah orang susah. Dia belajar di Australia dalam bidang penerbangan, tapi tak dapat kerja sebagai pilot bila balik Malaysia. "Memang ada orang tanya, kenapa tak minta bantuan mak ayah? Pada saya, kalau dah kahwin kena survive sendiri. Sewaktu kunjungan ke Batu Pahat untuk menghulurkan sumbangan pada Disember lalu. "Bila dah terbiasa meminta, sampai bila nak macam tu? Kami betul-betul struggle masa awal-awal kahwin," ujarnya kepada mStar. Lebih mesra disapa Shasha, dia pada ketika itu melakukan pelbagai jenis perniagaan termasuklah membuka kiosk jamu bersama suaminya, namun ia tidak berkekalan. Selain berniaga kanta lekap, bulu mata palsu dan tudung, dia turut menawarkan khidmat solekan demi mencari wang untuk menyara kehidupan. Kepada sesiapa yang suka merungut mengenai hidup mereka, sebenarnya ada yang lagi susah berbanding kita. SHASHA "Dengan untung yang sedikit, saya kumpul sehinggalah dapat buka syarikat kencatikan pada 2018. "Kalau ingat balik sebelum tu, saya pernah gadai barang kemas pemberian suami masa kahwin kerana tak cukup duit nak beli susu anak. "Dulu pernah tak ada duit nak makan, saya dengan suami makan satu rojak, share berdua. Hampir setiap hari makan rojak RM3. "Suami juga pernah suruh saya balik duduk dengan keluarga buat sementara waktu, nanti dah ada duit, dia ambil balik. Tapi saya nak susah senang sama-sama," ujarnya. Shasha sekeluarga. Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, segala keperitan hidup bersama suami, Muhammad Ashraf, 28, kini terbalas apabila perniagaan bersama yang diusahakan semakin berkembang. Sebagai insan yang pernah melalui kehidupan susah, dia kini nekad membantu golongan memerlukan dengan melakukan amal kebajikan sebagaimana video yang dikongsi di Insatgram miliknya. "Saya memang asal Batu Pahat, tapi dah menetap di Selangor. Sebelum ni urusan bantuan diuruskan oleh makcik saya. Shasha kini mengusahakan syarikat kecantikan bersama suaminya. "Kemudian makcik saya ada ambil gambar seorang budak, saya macam teringat berbulan-bulan lamanya. Masa boleh rentas negeri, saya pergi ke sana Disember lalu. "Saya biasanya akan bagi sumbangan makanan. Barang kering, barang basah serta pakaian. Kat Batu Pahat memang ramai orang susah. "Saya cuma nak cakap, kepada sesiapa yang suka merungut mengenai hidup mereka, sebenarnya ada yang lagi susah berbanding kita," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!