JANGAN kata hanya pasangan pengantin sahaja yang berasa gementar ketika majlis akad nikah berlangsung. Perasaan gugup juga dialami oleh seorang wali apabila tersasul menyebut nama wanita lain, bukannya nama pengantin perempuan ketika upacara diadakan di sebuah masjid. Menerusi satu video yang tular di media sosial, wali berusia 84 tahun itu menyebut nama pasangan kembar kepada pengantin perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: 'Terover''gemuruh sebab gadis pilihan sah jadi isteri, pemuda disangka ada 'apa-apa' dengan pengapit - "Nanti slow talk suami isteri dalam bilik sebelum tidur ya" ARTIKEL BERKAITAN: Di depan ada tok kadi, di belakang budak buat hal... Pengantin ‘gabra’ nama isteri panjang "Lafaz kedua, salam makin ketat..." Wajah panik pengantin perempuan yang duduk berdekatan jelas kelihatan sambil dia dapat dilihat menggelengkan kepala sambil menggerakkan tangannya seperti 'mengipas', memberi isyarat mengenai kesilapan itu, namun mengundang lucu dalam kalangan netizen. Datuk (dua, kanan) sebagai wali kepada pengantin perempuan. Berkongsi kisah di sebalik video, pengantin perempuan, Amira Farra Zulfihar berkata, dia dan pasangannya bernikah di Masjid Al-Mukhlisin di Alam Damai, Kuala Lumpur pada petang Selasa lalu, sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. Wanita berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa dia merupakan kakak kepada pasangan kembar, Amira Sara yang mana nama kedua-dua mereka hampir sama. "Atuk (panggilan datuk) iaitu bapa kepada arwah ayah yang menjadi wali saya. Bila atuk tersilap sebut nama iaitu menyebut nama adik masa akad nikah tu, saya memang terkejut. "Dalam hati tu jantung saya rasa macam nak tercabut. Saya hanya mampu 'mengipaskan' tangan dan menggelengkan kepala ke arah imam dan atuk dari jauh. Adik kembar yang duduk di sebelah saya juga menggelengkan kepala," katanya kepada mStar. Farra (kiri) bersama adik kembarnya. Lebih mesra disapa Farra, katanya, walaupun sudah berusia, tapi ingatan datuknya, Abdul Rahim Awaludin yang tinggal di Seremban, Negeri Sembilan masih kuat. "Atuk sebut nama adik kembar saya kerana dia adalah cucu kesayangan atuk. Selalu juga atuk panggil saya dengan nama Sara. Saya pula cucu kesayangan wan (panggilan nenek). "Hari tu atuk memang tahu saya yang akan bernikah, tapi mungkin sebab atuk nervous (gementar) dan sudah terbiasa panggil nama adik, jadi dia pun tersebut lagi masa akad nikah tu," ujarnya sambil menambah akad nikah dilakukan semula dengan sekali lafaz. Farra (empat, kanan) dan suami (empat, kiri) bersama sebahagian keluarga yang hadi di majlis akad nikah. Farra yang berasal dari Cheras itu turut mendedahkan bahawa dia bersama pasangannya, Khairul Anuar Sabli, 30, sepatutnya bernikah di masjid yang sama pada 21 Januari depan. Namun anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, tarikh pernikahan dipercepatkan susulan pengumuman PKP 2.0 yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Isnin lalu. Masa atuk tersilap sebut nama tu, saya mula-mula rasa panik dan terkejut sampai terus hilangkan nervous. Bila sudah selesai akad nikah, baru fikir nak ketawa sebab lucu. AMIRA FARRA ZULFIHAR "Habis saja pengumuman PM, kedua-dua keluarga terus buat keputusan ubah tarikh nikah kepada esoknya, dan menghubungi pihak berkaitan urusan pernikahan mengenainya," katanya yang baru menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di sebuah kolej di Kota Damansara, Selangor. Farra (kanan) dan suami mempercepatkan tarikh nikah berikutan pengumuman PKP 2.0. Bersyukur kerana urusan pernikahan berjalan lancar, bakal doktor itu mengakui turut berasa gementar untuk bergelar sebagai isteri pada hari berkenaan. "Masa atuk tersilap sebut nama tu, saya mula-mula rasa panik dan terkejut sampai terus hilangkan nervous. Bila sudah selesai akad nikah, baru ada fikir nak ketawa sebab lucu. "Apa pun, suami saya tetap sentiasa tenang. Dia sebelum ni memang selalu dengar atuk panggil saya dengan nama adik kembar, jadi masa atuk tersilap tu dia cool saja," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!