SEJAK negara diserang pandemik Covid-19, sebilangan besar daripada kita kehilangan pekerjaan. Justeru ketika ini bukanlah waktu yang sesuai untuk memilih pekerjaan, lebih-lebih lagi bagi individu yang sudah berkeluarga. Malah ada sesetengah individu sanggup melakukan dua pekerjaan demi meraih pendapatan yang lebih untuk menampung perbelanjaan bulanan, sebagaimana wanita ini. ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang tinggalkan kokpit sambung tugas di gerai, tak kisah tebal muka ambil order kru kabin - “Saya dah boleh jangka...” ARTIKEL BERKAITAN: Simpanan licin, pemuda hilang kerja akibat PKP tak sangka bisnes masyuk! Menu dari seberang buat pelanggan jauh pun terliur, nak order banyak Lebih tidak disangka, wanita ini memilih untuk bekerja sebagai seorang tukang cuci (cleaner) dan dalam masa sama bergelar model sambilan. Agak janggal apabila memikirkan bagaimana seorang model yang biasanya menjaga penampilan, namun sanggup bergelumang dengan peluh keringat sewaktu menyarung uniform sebagai pekerja pembersihan. "Hakikat sekarang nak dapatkan pekerjaan adalah sangat susah. Jadi ini bukan masanya untuk kita memilih pekerjaan tertentu. Saya sendiri tak kisah kerja macam mana pun, asalkan halal dan boleh tanggung anak," kata wanita bernama Rozana Dzulkifli ini kepada mStar. Rozana sudah bekerja sebagai seorang cleaner sejak 2015, sebelum bergelar model sambilan kira-kira dua tahun lalu. Videonya yang dikongsi di aplikasi TikTok baru-baru ini yang memaparkan rutin pekerjaannya sebagai seorang cleaner dan model sambilan menjadi tular apabila meraih lebih dari 100,000 tontonan walaupun hanya dimuat naik dalam tempoh masa yang singkat. Rata-rata netizen menyuarakan rasa kagum mereka malah turut memberikan kata-kata semangat kepada Rozana. Menurut wanita berusia 34 tahun ini, dia sebenarnya sudah lebih lima tahun bekerja sebagai pekerja pembersihan di pelbagai syarikat. "Ketika ini saya bekerja secara kontrak dengan sebuah syarikat. Rutin saya seperti biasa, kerja sebagai cleaner setiap hari Isnin hingga Jumaat. Tugas-tugasnya mencuci tandas, mop lantai dan sebagainya. "Manakala Sabtu dan Ahad pula saya terima tawaran photoshoot, jika ada. Sekarang ni tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi agak perlahan. Sebab itu perlunya ada pekerjaan lain sebagai 'back-up'," ujarnya yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata berusia 14 tahun. Rutin saya seperti biasa, kerja sebagai cleaner setiap hari Isnin hingga Jumaat, manakala Sabtu dan Ahad pula saya terima tawaran photoshoot, jika ada. ROZANA DZULKIFLI MODEL SAMBILAN/CLEANER Bercerita lebih lanjut, Rozana berkata dia baru dua tahun berkecimpung sebagai peragawati secara sambilan. "Saya terjebak dalam bidang ini secara tak sengaja menerusi seorang kenalan di Facebook. Saya memang tak tahu apa-apa pun pasal dunia modeling ni. "Satu hari dia ajak saya shooting untuk jenama pakaian, dan dari situlah makin lama makin kerap dapat tawaran. Pernah satu ketika, sebuah syarikat ada tawarkan job modeling lumayan juga, tapi tanpa disangka ada yang sabotaj. Rozana tidak segan mengakui bekerja sebagai seorang tukang cuci malah enggan terlalu mengambil pusing pandangan orang lain. "Saya anggap itu ujian dan bukan rezeki saya. Mungkin Allah akan gantikan dengan sesuatu lebih baik," ujarnya sambil menambah, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat memahami dan sering memberikan sokongan. Tidak menyangka sama sekali videonya tular, Rozana berkata dia sekadar mahu menyampaikan mesej bahawa pekerjaan sebagai seorang cleaner bukanlah hina dan kotor sebagaimana penerimaan segelintir individu. "Dalam keadaan sekarang, sepatutnya kita kena bersyukur kerana masih ada kerja. Abaikan saja kata-kata orang, mereka tak tahu apa yang kita lalui. Dan jangan sesekali menilai seseorang berdasarkan pekerjaan ataupun luaran sahaja," ujarnya lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!