suria

Terlalu penat hadapi beban kerja Covid-19, Dr Ali akhirnya ‘melalui rehat yang panjang’ - “Sungguh mulia jasamu”

Gambar terakhir Allahyarham yang sempat dirakam kawannya sebelum beliau jatuh sakit.

PANDEMIK Covid-19 yang melanda sejak tahun lalu bagaikan tidak berkesudahan.

Tatkala rakyat negara ini berjuang menentang gelombang ketiga wabak berkenaan, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang petugas barisan hadapan.

Perkara itu diumumkan menerusi posting di Facebook Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati tak senang, doktor wanita disahkan positif Covid-19... puncanya pesakit tak jujur

ARTIKEL BERKAITAN: Risau tapi bangga! Suami kongsi isterinya panas pakai sut, tak ada masa nak makan rawat pesakit Covid-19 di Arab Saudi

"Kami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali Noor Hassan melalui laman Facebooknya.

"Arwah merupakan ahli berdaftar SPJM dan telah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada dua tahun lepas.

"Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

"Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan," tulis pengendali Facebook itu.

Rakyat Malaysia luah rasa simpati atas pemergian itu menerusi media sosial.

Selain itu, Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai Ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

Malah, setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.

Pengorbanan doktor akan diingati selama-lamanya, you are the hero of Malaysia.

NETIZEN

Dalam pada itu, rata-rata pelayar media sosial turut menzahirkan rasa simpati dan salam takziah atas pemergian itu.

Selain itu, netizen turut mendoakan agar petugas barisan hadapan yang lain terus cekal dalam menjalankan tugas mereka.

"Pengorbanan doktor akan diingati selama-lamanya, you are the hero of Malaysia.

"Sungguh mulia jasamu untuk berkhidmat kepada semua hamba Allah.

"Salam takziah untuk keluarga moga arwah ditempatkn dikalangan insan yang beriman," tulis netizen mengenai allahyarham yang meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang masih kecil.

Jenazah Dr Ali akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Bandar Tun Hussein Onn pagi Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain