GARA-GARA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sekali lagi dilaksanakan dan pelajar belum berkesempatan untuk pergi sekolah, ibu bapa yang terpaksa melayan kerenah anak-anak di rumah. Tempoh yang panjang ini sudah pasti timbul rasa bosan yang tidak dapat dikawal sehinggakan tercetus idea-idea kreatif dan aksi di luar jangkaan. Begitulah yang dialami bapa berusia 39 tahun ini apabila tidak mampu untuk melarang anaknya kerana memahami tahap kebosanan mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa 'pening' kerenah anak masa PKP, 'nak jadi macam daddy' tapi liat bab mengaji - "Dia nak saya ajar baca surah terus..." ARTIKEL BERKAITAN: Anak ajak pergi camping, selamba je bapa buat unggun api depan rumah... tapi 'benda' lain di tingkap jiran pula jadi perhatian "Ini baru setahun tak pergi sekolah, lagi lama tak tahu lah jadi apa," tulis bapa kepada tiga anak ini di laman Twitter. Perkongsian Shahrizal di laman Twitter menjadi tular. Bapa berkenaan, Shahrizal Denci yang berasal dari Ranau, Sabah berkata, bukan dia langsung tidak melarang, sudah pun ditegur cuma biasalah kalau dah bosan apatah lagi mereka yang tengah membesar. Beritahunya, kedua-dua anak lelakinya itu terlalu bosan walaupun dia telah menyediakan pelbagai aktiviti dan hiburan seperti permainan papan, langgan saluran kanak-kanak stesen televisyen berbayar, muat naik aplikasi belajar dan sebagainya. "Sejujurnya, saya tak salahkan mereka. Hampir setahun tak pergi sekolah dan sebelum ini dah terbiasa jadual padat tapi tiba-tiba banyak masa terluang, tu yang jadinya aksi panjat-memanjat. "Jangan salah faham, bukan saya tak larang. Saya tegur juga kadang tu. Kalau saya terus marah, mereka tak akan faham dan lagi teruk kalau tengah panjat tu tiba-tiba panik dan terjatuh lagi susah. "Macam-macam cara dah saya buat, dulu saya memang tak bagi langsung main gajet, tetapi sekarang dah longgar sikit sebab faham keadaan mereka," katanya kepada mStar. Foto yang dimuat naik Shahrizal di laman Twitter pada Isnin lalu, kira-kira pukul 5.40 petang mengenai dua anak lelakinya yang sedang memanjat dinding rumah iaitu Daim, 8, dan Dayyan berusia 7 tahun ternyata mencuri perhatian netizen sehingga memperoleh 15,000 likes dan 8,000 retweet. Dalam pada itu, usahawan tani itu memberitahu dia banyak mendedahkan anak-anaknya dengan pembelajaran dalam talian seperti aplikasi yang sedia ada selain latih tubi, membaca buku cerita dan sebagainya. Aksi dua kanak-kanak ini menjadi perhatian. Bagaimanapun, dia akui bukan mudah ibu bapa mahu memikul tanggungjawab sebagai guru kerana penerimaan anak-anak tidak sama. "Banyak inisiatif saya ambil untuk pastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran walau berdepan apa jua situasi. "Tetapi biasalah, tak sama penerimaan mereka. Mungkin dengan guru profesional mereka lebih cepat dapat, ibu bapa ini lambatlah sikit. "Belajar atas talian pula ternaya lebih mencabar dari kelas fizikal. Jadi susah sikit sekarang ini," jelasnya. Bukan saya tak larang. Saya tegur juga. Kalau saya terus marah, mereka tak akan faham dan lagi teruk kalau tengah panjat tu tiba-tiba panik dan terjatuh SHAHRIZAL DENCI Shahrizal bersama isterinya iaitu Zaharah Abdul Ghani, 31 berharap kerajaan dapat mempertimbangkan dan meneroka lebih mendalam lagi mengenai pembelajaran atas talian ini. "Ini sekadar cadangan sahaja, mungkin boleh buat sesuatu yang lebih menarik dan efektif sebab sekarang kita tengok ramai ibu bapa dan pelajar mengadu mengenai kelas atas talian ini. "Saya faham dengan keadaan kes meningkat Covid-19 ini, agak sukar kerajaan nak lakukan seiring. Cuma mungkin pihak yang berkenaan boleh mempertimbangkan untuk mendengar pendapat ibu bapa," ujarnya. Shahrizal (kanan) bersama isteri dan anak-anaknya. Rata-rata perkongsian ini mendapat komen-komen yang positif dalam kalangan netizen sekaligus berkongsi pendapat. "Ada bakat jadi pendaki ni. Boleh dah cuba hantar anak pergi tempat climbing. "Saya harap mereka akan sampai ke menara gading. "Cikgu kata belajar tinggi-tinggi.. terus tinggi dia pergi," antara komen-komen dari netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!